[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong


[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong

BACA di https://pakdin.my/160651/

SEKINCHAN: Seekor beruang yang dipercayai mencari makanan dikesan berkeliaran di sawah padi Ban Canal, Parit 13, Sungai Nibong, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerusi Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat itu dan tiba pada jam 8 pagi.

Katanya, pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang berkenaan.

"Penduduk setempat diminta supaya segera menghubungi kita sekiranya ternampak kelibat beruang itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial menerusi video berdurasi 23 saat memaparkan seekor beruang berwarna hitam berkeliaran di kawasan sawah padi dipercayai sedang mencari makanan.

https://youtu.be/vEWA3WtqV-A

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari seorang wanita yang merakam video pergerakan haiwan liar berkenaan di belakang rumahnya.

Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku dan beruang berkenaan melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL