Posts

PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH?

Image
PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH? BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160971/ Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara,Tommy Thomas. Desakan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menjelaskan, RCI itu penting bagi menyelesaikan isu yang mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah. Malah jelasnya lagi, hanya dengan RCI itu juga membolehkan mereka yang terlibat membersihkan nama dengan panggilan pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH). “Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, marilah kita bersikap budiman (let us be gentleman), kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau. “Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangka

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan

Image
Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160966 Pelabur tempatan dan pelabur asing kurang melabur sebab bimbang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan asyik bertukar-tukar. Ini menyebabkan ekonomi negara lembab dan negara semakin ditinggalkan negara-negara lain sejak 4 1/2 tahun lalu. Ianya masalah yang turut dihadapi negeri Johor dan juga mesej yang disampaikan Najib bagi kempen PRN Johor. Negeri Johor dipimpin oleh empat Menteri Besar berasingan dari tahun 2018 hingga 2020. Kerajaan negeri yang mempunyai majoriti yang amat tipis telah menyebabkan pelaburan ke dalam Johor jatuh mendadak. Sebelum PRU14, Johor biasanya menduduki tempat pertama bagi jumlah pelaburan diterima antara semua negeri. Pada tahun 2018, Johor masih pada tempat pertama tetapi jatuh ke tempat ke-empat pada tahun 2019 dan tempat ke-lima bagi tahun 2020 dan 2021. Sebab itu, Najib minta pengundi Johor untuk mengembal

Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam

Image
Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam BACA seterusnya di https://pakdin.my/160962 Bukankah mereka sendiri yang telah khianati mandat diberikan rakyat PRU14 lalu? KRONOLOGI RINGKASNYA BEGINI... Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8! Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi? Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang! Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis apabila diminta komen mengenainya, "Dah pinjam (berhutang) tu bayar la..." Jangan kita lupa, Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut dan paling lahanat apabila

[Video] Kapal Peronda Luar Pesisir Milik Maritim Malaysia berjaya dilancarkan ke air

Image
[Video] Kapal Peronda Luar Pesisir Milik Maritim Malaysia berjaya dilancarkan ke air BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160956/ Kapal Peronda Luar Pesisir yang pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya dilancarkan ke air awal pagi tadi. Kerja-kerja melancarkan  kapal  OPV 1 itu ke air diadakan di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang pada jam 5.57 pagi menggunakan sistem pelancaran ‘Air Balloon’, disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Malaysia, Puan Anis Rizana Binti Mohd Zainudin, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Ahmad Firdaus Bin Baharudin serta ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan TH Heavy Engineering Berhad. Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saif

[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022

Image
[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160951 https://youtu.be/-CM6wWLle-U Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022. Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing. Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos. Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta

Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Image
Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160947/ Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti. “Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber. Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19. Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15. Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan

Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

Image
Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160943/ Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan esok. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok. Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen. Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu tetapi memberitahu, ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok. Terdahulu, New Straits Tim