Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad


Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160943/

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan esok.

“Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook.

“Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook.

Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu tetapi memberitahu, ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” kata sumber yang dipetik New Straits Times.

Pemimpin Umno sebelum ini mendesak Ismail membubarkan Parlimen segera supaya pilihan raya umum boleh diadakan pada tahun ini tetapi ditolak parti pembangkang dengan alasan risiko musim banjir dan masalah ekonomi negara.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma