Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam


Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam

BACA seterusnya di https://pakdin.my/160962

Bukankah mereka sendiri yang telah khianati mandat diberikan rakyat PRU14 lalu?

KRONOLOGI RINGKASNYA BEGINI...

Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8!

Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi?

Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang!

Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis apabila diminta komen mengenainya, "Dah pinjam (berhutang) tu bayar la..."

Jangan kita lupa, Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut dan paling lahanat apabila dia menyifatkan manifesto yang mereka promosikan sewaktu kempen PRU14 dianggap hanya panduan, bukan Kitab Suci yang wajib dipenuhi! 

Apapun, sedar atau tidak gelombang rakyat kini kembali menaruh keyakinan memilih semula UMNO-BN; buktinya di PRN Melaka dan Johor termasuk penolakan DAP secara total di PRN Sarawak tempohari!

FIRASAT RAKYAT KINI SEMAKIN MATANG DAN INILAH HAKIKAT YANG SUKAR DIELAK KOALISI PH IAITU MENANTI SAAT GELOMBANG RAKYAT MELUNASKAN DENDAM DIKHIANATI LALU MENGHUMBAN MEREKA DI PETI UNDI PRU15 NANTI!


Stay Tuned...

Sumber asal Skuad Siasat 

#RapidResponseTeam 

#ResetMalaysia 

#UndiBN

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma