Posts

[VIDEO] Gabenor Papua ditahan kerana dakwaan rasuah

Image
[VIDEO] Gabenor Papua ditahan kerana dakwaan rasuah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161716 Agensi antirasuah Indonesia menahan gabenor Papua, Lukas Enembe, hari ini selepas beliau menerima rasuah sebagai balasan untuk kontrak infrastruktur, kata pegawainya. Minggu lalu Enembe dituduh oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) mengambil 1 bilion rupiah (RM281,646) daripada sebuah firma pembinaan untuk konsesi termasuk jalan dan kemudahan di sebuah prasekolah. Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan berkenaan. Enembe adalah seorang ahli politik tempatan terkemuka yang bertelagah dengan kerajaan pusat mengenai dasar-dasarnya di wilayah autonomi khas. Menurut jurucakap KPK, Ali Fikri, kepada Metro TV, beliau diterbangkan ke ibu kota Jakarta untuk disoal siasat. https://twitter.com/KamaluddinIdrus/status/1613122359183183877?s=20&t=PrXZrfbmxn5gfAVuKnrLAg Peguam Enembe mengesahkan penahanan itu dan memberitahu Reuters, anak guamnya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Ketegangan memu

[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang

Image
[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161704 GUA MUSANG: Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, di sini pada 4 pagi Ahad lepas. Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Jan). “Kali pertama mamalia tersebut muncul juga pada 4 pagi, membuatkan saya bersama dua lagi rakan serumah terkejut melihat belalai gajah masuk ke dalam bahagian dapur menerusi cermin tingkap yang telah pecah. “Pada Ahad lepas, gajah terbabit muncul lagi dan mengambil makanan seperti garam, minyak serta mi segera yang berada berhampiran kawasan sinki dapur di hadapan tingkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Khairul Faiza kehadiran mamalia tersebut dalam kawasan rumah amat me

[VIDEO] Gempa bumi kuat gegar Indonesia, Timor Leste

Image
[VIDEO] Gempa bumi kuat gegar Indonesia, Timor Leste BACA seterusnya di https://pakdin.my/161693 JAKARTA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda laut dalam Indonesia dan Timor Leste awal hari ini. Seorang mangsa cedera selepas gempa bumi itu menggegarkan pulau-pulau berhampiran, merosakkan kediaman dan memaksa penduduk melarikan diri dalam keadaan panik. Pusat gempa itu terletak sejauh 427 kilometer (km) di selatan pulau Ambon pada kedalaman 95 km, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia berkata, gegaran itu dirasai di kepulauan Timor Leste, Maluku dan Papua. Ia turut melaporkan beberapa gegaran susulan berkekuatan 5.5 pada skala Richter. “Saya berada di atas katil, kemudian saya berasa sedikit gegaran. Saya bangun dan mendapati ramai rakan turut merasakannya,” kata seorang penduduk bernama Hamdi yang menetap di Ambon. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, sekurang-kurangnya 15

[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000

Image
[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000 BACA seterusnya di https://pakdin.my/16168 PASIR MAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2,159 kilogram (kg) yang disyaki diseludup dari negara jiran di Kampung Padang Pakt Amat, Pasir Puteh, 9 Disember 2023. Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata bertindak atas maklumat awam dan pemantauan rapi, pasukan operasi daripada Bahagian Penguatkuasaan Rantau Panjang menahan sebuah lori muatan tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam serbuan jam 9.50 malam itu. Bagaimanapun, katanya, pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Katanya, rampasan mercun dan bunga api bernilai RM35,631.75 itu dipercayai untuk dihantar ke Lembah Klang untuk sempena sambutan Tahun Baharu Cina. “Siasatan masih terus dijalankan bagi mengesan pemilik lori dan pacuan empat roda yang telah diram

[VIDEO] ‘Sudah bagi nasihat, kini terpulang pada pimpinan Sabah’, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sudah bagi nasihat, kini terpulang pada pimpinan Sabah’, kata Anwar BACA seterusnya di https://pakdin.my/161669 KOTA KINABALU: Anwar Ibrahim berkata, terpulang kepada pimpinan Sabah untuk membuat keputusan selepas nasihat diberikan kepada mereka susulan kemelut politik yang tercetus. Perdana menteri berkata, keadaan kini bertambah baik selepas beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menemui pemimpin Sabah malam ini. “Keadaan bertambah baik, saya dan Zahid cari formula baik untuk Sabah dan keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri…sebenarnya kita cuma datang memberi nasihat,” katanya. Anwar tiba di sebuah hotel di sini pada 10.10 malam tadi, sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jakarta selepas lawatan rasmi dua hari ke Indonesia. Rundingan itu menyusul ADUN Umno Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji. Tetapi, Hajiji semalam mengumumkan beliau memiliki 44 daripada 79 ADUN untuk terus menerajui Sabah, menerusi akuan bersumpah y

[VIDEO] Gunung berapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus

Image
[VIDEO] Gunung berapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus BACA seterusnya di https://pakdin.my/161659 Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarmas) pada Ahad memindahkan 164 pendaki dari kawasan Gunung Marapi yang meletus di bandar Padang, ibu kota wilayah Sumatera Barat. Ketua bandar Padang Abdul Malik berkata mereka mendaki Marapi dan gunung berapi itu mula memuntahkan abu pada 7 Jan, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Beliau berkata pendaki itu ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh Basarnas dengan koordinasi bersama pasukan berkaitan dan penduduk tempatan. Terdahulu, Marapi mula memuntahkan abu kira-kira 6.11 pagi 7 Jan. Sehingga petang 8 Jan, sejumlah 22 letusan direkodkan dan bahaya di kawasan gunung berapi ini dinaikkan ke Tahap II – tahap amaran, lapornya. Pihak berkuasa berkaitan di wilayah Sumatera Barat telah mengeluarkan larangan aktiviti pendakian di kawasan Marapi sehingga keadaan kembali normal. https://twitter.com/KamaluddinIdr

[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang

Image
[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161649 Lebih 100 masyarakat Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar hari ini gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka, malah dikatakan turut memakan mayat penduduk kampung berkenaan. Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Dis lepas dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Disember 2022. Menurut Mazlan dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek. "Saya juga pernah terserempak dengan haiwan itu yang sedang berkeliaran di belakang rumah, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan. "Saya dapat dengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu k