[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang


[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang

BACA seterusnya di https://pakdin.my/161649

Lebih 100 masyarakat Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar hari ini gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka, malah dikatakan turut memakan mayat penduduk kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Dis lepas dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Disember 2022.

Menurut Mazlan dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek.

"Saya juga pernah terserempak dengan haiwan itu yang sedang berkeliaran di belakang rumah, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan.

"Saya dapat dengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu kerana hampir menerkam anjing yang dibela dan kemudian beruang itu lari ke arah tanah perkuburan," katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.

Mazlan berkata dia membuat laporan kepada polis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya kerana risau ancaman berulang berlaku selain membahayakan keselamatan penduduk kampung.

Pada 29 Dis lepas, media melaporkan penduduk di Kampung Perawas, Pos Balar turut ternampak kelibat seekor beruang masuk ke kawasan kampung untuk mendapatkan durian dari kawasan kebun berhampiran kediaman mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Saiful Zahlan Muhamad Azmi bagaimanapun berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Perhilitan mengenai masalah berkenaan.

- Bernama

https://twitter.com/KamaluddinIdrus/status/1612466423418482688?s=20&t=NEbE_CtDGmr-0diiPMUrNQ



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL