[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang


[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang

BACA seterusnya di https://pakdin.my/161704

GUA MUSANG: Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, di sini pada 4 pagi Ahad lepas.

Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Jan).

“Kali pertama mamalia tersebut muncul juga pada 4 pagi, membuatkan saya bersama dua lagi rakan serumah terkejut melihat belalai gajah masuk ke dalam bahagian dapur menerusi cermin tingkap yang telah pecah.

“Pada Ahad lepas, gajah terbabit muncul lagi dan mengambil makanan seperti garam, minyak serta mi segera yang berada berhampiran kawasan sinki dapur di hadapan tingkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd Khairul Faiza kehadiran mamalia tersebut dalam kawasan rumah amat mengejut serta membimbangkan.


“Selama enam tahun bekerja di sini, ini kali pertama rumah kami diserang gajah. Keadaan ini amat merisaukan apabila gajah mula datang mencari makanan di rumah.

“Belum sempat kami menggantikan cermin yang rosak, gajah terbabit datang kembali mengambil makanan dan membuat kerosakan yang sama,” katanya.

Menurut Mohd Khairul Faiza mereka telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan sewajarnya. - Bernama


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL