Posts

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Image
[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1 Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan sekumpulan individu mendakwa waris Sultan Sulu berhubung pertikaian dengan kerajaan Malaysia berkaitan bayaran pajakan ke atas Sabah. Kumpulan itu mahu mencabar keputusan mahkamah lebih rendah sebelum ini yang membatalkan pelantikan seorang penimbang tara untuk mendengar pertikaian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Putrajaya baru menerima pengesahan rasmi mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan itu. Pada Feb 2022, sebuah mahkamah timbang tara Perancis mengarahkan Putrajaya membayar pampasan USD14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu. Penimbang tara Gonzalo Stampa memutuskan bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kesultanan Sulu di Filipina dengan wakil Syarikat British Borneo Utara yang mentadbir Sabah ketika itu. VIDEO berkaitan: Azalina b

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Image
[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai Sebuah penempatan haram yang terletak sejauh 1.2 kilometer dari jalan utama dan mempunyai kemudahan sekolah dikesan dibina pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai Spring, Nilai, dekat sini. Ia dikesan hasil serbuan dalam satu operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), awal pagi tadi. Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang, berkata perkampungan warga asing itu di bina di kawasan permukaan yang tidak rata dan berpaya selain dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar. "Penempatan haram ini berada di kawasan permukaan bumi yang tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar yang mendatangkan risiko kecederaan tinggi kepada semua pegawai yang melaksanakan operasi itu. "Pasukan operasi juga terpaksa berjalan kaki melalui kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer sebelum sampai ke lokasi. "Hasil risikan dijalankan selama sebulan, penemp

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Image
[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh SEMPORNA: Tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh dalam kejadian pagi tadi. Rakaman video memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terjatuh ke dalam laut turut tular di media sosial. Beberapa guru yang turut berada di jeti berkenaan kemudian dilihat mengambil tindakan pantas dengan terjun bagi menyelamatkan murid terbabit. Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. Katanya, kejadian itu berlaku pagi tadi membabitkan murid dan penduduk kampung. "Guru yang turut berada di kawasan itu ketika kejadian berkenaan berlaku kemudian terjun menyelamatkan murid mereka. Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat," katanya ketika ditemui Bangunan UMNO

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Image
Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1 Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Jan lepas, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lepas (2022). Beliau berkata perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad (Final Award) dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa, masing-masing pada 28 Feb dan 25 Mei tahun lepas serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg. Dr Stampa dilapo

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Image
[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1 Pengeboman bunuh diri di sebuah masjid yang sesak di Peshawar Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 40 orang pada hari Isnin 30 Januari 2023, serangan menyasarkan polis di bandar barat laut ini di mana militan Islam masih aktif. Pegawai hospital berkata sekurang-kurangnya 147 orang cedera, dengan kebanyakan mereka dalam keadaan kritikal. Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu, tambah pegawai polis Sikandar Khan. Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman, yang meledakkan masjid ketika solat zuhur, menyebabkan tembok runtuh menimpa jemaah.  Masjid berkenaan terletak berdekatan dengan sebuah blok perumahan polis. Seramai 206 individu sedang berada di dalam bangunan tersebut ketika letupan itu meledak, menurut polis. Sebahagian daripada bumbung dan dinding masjid ru

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB - tidak ada konflik kepentingan?

Image
Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB -  tidak ada konflik kepentingan? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162140 Berita ini akan terlepas daripada perhatian rakyat tetapi apabila didedahkan pasti ramai yang akan berkata "What the F#@k!". Ceritanya begini: Wong & Partners, ahli kumpulan undang-undang antarabangsa Baker McKenzie adalah firma guaman yang diupah oleh 1MDB pada tahun-tahun awal apabila kehilangan wang berlaku. Tugas mereka adalah untuk memastikan bahawa semua perjanjian adalah ketat dan sebarang pembayaran dana telah memenuhi syarat-syarat dahuluan seperti dalam perjanjian dan ianya dibayar kepada pihak yang betul. VIDEO berkaitan: Itulah sebabnya 1MDB milik kerajaan menyaman Wong & Partners sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) kerana gagal dalam tugas mereka. Tetapi Wong & Partners bijak. Mereka menggunakan khidmat Gopal Sri Ram untuk mempertahankan mereka. Dalam masa yang sama, Gopal Sri Ram juga meru

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Image
2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129 Berkali-kali DSN mohon untuk singkirkan Gopal Sri Ram dari menjadi pendakwa dalam kes beliau.  Ini adalah kerana terdapat akuan bersumpah dari bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Gopal Sri Ram pernah datang ke rumah beliau pada Januari 2018 dan menyampaikan bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN.  Tan Sri Apandi enggan dan kerana itu telah disingkirkan dari jawatan Peguam Negara.  Bukti : https://www.theedgemarkets.com/article/apandi-claims-sri-ram-has-clear-mission-bias-against-najib Kemudian Gopal Sri Ram telah dilantik menjadi Pendakwa Raya oleh Tommy Thomas.  Dan terdapat bukti bahawa Gopal Sri Ram turut terlibat dalam proses siasatan SPRM sedangkan sebagai pendakwaraya dia tidak boleh terlibat sama sekali. Ini didedahkan oleh Tommy Thomas sendiri dalam buku tulisannya.  VIDEO berkaitan: Berkali-kali DSN mohon untuk singkirkan Gopa