[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera
[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera
BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162150/?amp=1
Pengeboman bunuh diri di sebuah masjid yang sesak di Peshawar Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 40 orang pada hari Isnin 30 Januari 2023, serangan menyasarkan polis di bandar barat laut ini di mana militan Islam masih aktif.
Pegawai hospital berkata sekurang-kurangnya 147 orang cedera, dengan kebanyakan mereka dalam keadaan kritikal.
Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu, tambah pegawai polis Sikandar Khan.
Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman, yang meledakkan masjid ketika solat zuhur, menyebabkan tembok runtuh menimpa jemaah.
Masjid berkenaan terletak berdekatan dengan sebuah blok perumahan polis. Seramai 206 individu sedang berada di dalam bangunan tersebut ketika letupan itu meledak, menurut polis.
Sebahagian daripada bumbung dan dinding masjid runtuh. Mereka yang terselamat pula berlumuran darah dan dilihat berjalan dalam keadaan lemah. Sementara itu, seorang wartawan AFP juga menyaksikan mayat diusung ke ambulans.
Shafiullah Khan, seorang pegawai kanan pemerintah di Peshawar, memberitahu AFP dari tapak letupan itu bahawa terdapat 25 orang yang maut manakala, 120 lagi mereka yang cedera.
"Ia merupakan situasi kecemasan," kata Muhammad Asim Khan, seorang jurucakap hospital utama di Peshawar kepada AFP sebelum ini. Ia sekali gus menyaksikan angka korban pada 17 orang dan 80 orang cedera.
Kebanyakan jemaah masih terperangkap di dalam masjid, menurut polis. Ini sedang jentera berat dan bomba menjalankan operasi menyelamat di tapak yang musnah itu.
VIDEO:
https://twitter.com/KamaluddinIdrus/status/1620054265120321536?s=20&t=_Tx_TeXxcVZm1PpuvWKS1w
Comments
Post a Comment