Posts

Muhyiddin, menatu dan projek sakit Jabatan Imigresen

Image
Muhyiddin, menatu dan projek sakit Jabatan Imigresen BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162344 Beberapa info latar belakang menarik mengenai projek imigresen yang Midin dan menantunya sedang disiasat SPRM. Pada Ogos 2017, kerajaan Barisan Nasional (BN) menganugerahkan projek bernilai RM3.5 bilion kepada Prestariang berdasarkan PPI terhadap Prestariang untuk menggantikan sistem sedia ada yang digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak lebih 20 tahun lau. Projek itu dinamakan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). Tetapi selepas Midin menjadi menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau membatalkan projek ini dan mahu ia digantikan dengan projek lain yang dinamakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System - NIISe) bernilai RM1.16 bilion - yang beliau dakwa boleh membantu menyelamatkan duit kerajaan sebanyak RM1 bilion berbanding dengan SKIN Sekarang anda mungkin berfikir bahawa RM1.16b jauh lebih murah daripada projek SKIN RM3.5 bilio

[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa

Image
[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162329 GAZIANTEP (TURKIYE): Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menzahirkan perasaan bersyukur serta lega kerana berjaya menyelamatkan lima sekeluarga, semalam, selepas mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan kediaman mereka sejak enam hari lalu akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye. Pegawai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MAS-01 SMART, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, berkata takbir 'Allahuakbar' dilaungkan pada saat mangsa pertama membabitkan seorang remaja lelaki, dibawa keluar pada jam 1.20 tengah hari (6.20 petang waktu Malaysia), dengan perasaan sebak menyelubungi diri beliau dan anggota pasukannya. Namun, Muhamad Zul Khairi bersama anggota kumpulannya menahan diri daripada terbawa-bawa perasaan itu, kerana tahu mereka memikul tanggungjawab dan harapan besar daripada rakyat tempatan untuk menyelamatkan mangsa yang ter

[VIDEO] Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir

Image
Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162319/?amp=1 Dia tubuh UMNO baharu, dia keluar. Dia tubuh BERSATU, dia dipecat. Dia tubuh PEJUANG, dia keluar. Dia juga yang kata: "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." Dr Mahathir umum keluar UMNO https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/02/129297/dr-mahathir-umum-keluar-umno Tun M tubuh parti baharu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607969/tun-m-tubuh-parti-baharu Tun M dipecat dari Bersatu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/583424/tun-m-dipecat-dari-bersatu Mahathir keluar Pejuang https://www.malaysiakini.com/news/654686 "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." - Mahathir BACA seterusnya di: https://t.co/l3ULoI8DWZ pic.twitter.com/WeaJJ37Qb4 — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 11, 2023

Tunggu laporan, ulas Anwar berkait penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu

Image
  Tunggu laporan, ulas Anwar berkait penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162307 Dakwaan bahawa bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin memberi  kontrak lumayan kepada menantunya tidak akan mendapat perhatian “kalau tidak benar”, kata Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan menyiasat perkara itu sedalamnya dan menghantar laporan siasatan. “Saya tidak fikir perkara ini dihebahkan begitu rupa kalau tidak benar. Ada kebenarannya, namun sejauh mana kita tidak tahu. Tunggu laporan. “Tujuan kita untuk ‘stop this’ (hentikan ini). Mana-mana menteri tidak boleh kayakan anak atau menantu dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rasminya. Kelmarin, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menafikan terlibat dalam pemberian kontrak bernilai berbilion ringgit yang didakwa diberikan kepada menantu lelakinya, ketika berkuasa di Putrajaya. Muhyiddin berkata, sewaktu menjadi pe

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands - Bomba

Image
[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands - Bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266 Enam maut manakala lapan lagi cedera apabila sebuah van terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang ini 8 Februari 2023. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

Image
[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255 Ada perkara tidak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenainya pada sidang Parlimen akan datang. Anwar mengumumkan Menteri Zaliha Mustafa akan membuat pembentangan mengenai perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang “sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. Katanya, kerajaan mengambil keputusan untuk membuat pembentangan kertas putih, susulan dapatan KKM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkenaan perkara yang tidak menurut peraturan dan mengenai transaksi. “Kelulusan yang diberikan tidak mengikut proses yang sewajarnya dan jumlah perolehan diragui, dari segi angka dan kos,” kata Anwar pada sidang media, tanpa huraian l

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Image
[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244 ANKARA/IDLIB  -- Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin telah meragut lebih 500 nyawa di negara itu dan Syria. Menurut Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay, sekurang-kurangnya 284 orang terbunuh manakala 2,323 yang lain cedera serta 1,710 bangunan musnah di negara itu setakat ini, lapor Agensi Anadolu. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan disusuli 78 gegaran susulan. Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. "Presiden (Recep Tayyip Erdogan) telah mengikuti dan menguruskan bencana itu sejak kejadian gempa bumi berlaku," kata Oktay. Beliau menambah bahawa Lapangan Terbang Hatay termasuk Kahramanmaras dan Gaziantep kini ditutup untuk penerbangan awam. Turkiye tel