Posts

Surah Ad-Duha: Penawar bagi anxiety dan kemurungan

Image
Surah Ad-Duha: Penawar bagi anxiety dan kemurungan Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi. Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun. Pengajarannya untuk kita:  Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun? Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang di

[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162408 Pertandingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO serta jawatan ke bawah pada pemilihan parti mewujudkan persaingan sihat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan pertandingan jawatan akan membuka ruang kepada wujudnya kem-kem calon, pemilihan yang dibuat di peringkat akar umbi adalah lebih penting. “...dengan penawaran diri (calon) bagi jawatan Naib Presiden dan ke bawah ini adalah persaingan sihat dan saya rasakan yang penting adalah bukan pemilihan yang dibuat melalui kumpulan ‘sepapan’ (kem). “Tetapi yang lebih penting, pada hemat saya pemilihan dibuat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan akan memilih individu daripada kalangan calon terbaik pada 18 Mac nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan

[VIDEO] SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung

Image
[VIDEO] SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162397 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di sini disambung semula 8 pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi memaklumkan pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa, Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah. Petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki dikenali Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di jalan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ibu bapa kepada kedua-dua mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak. Beliau berkata kejadian itu diperc

[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak

Image
[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162387 Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang 12 February 2023 sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam. Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat. “Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter dan kerja menyelamat sedang dijalankan. “Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi

Image
[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162377 BENTONG – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kawasan Bukit Tinggi di sini mengalami banjir kilat berlumpur. Air berlumpur mengalir deras menuruni bukit ke kawasan perkampungan Bukit Tinggi bermula pukul 6 petang tadi sehingga kini menyebabkan banyak kenderaan yang melalui kawasan itu terkandas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Shafie Sulong berkata, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang dipindahkan setakat puku 8.30 malam ini akibat kejadian berkenaan. “Bagaimanapun laluan Bukit Tinggi-Janda Baik dan Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan. “Kejadian adalah air melintas di atas jalan daripada bukit dan tidak melibatkan pemindahan mangsa banjir,” katanya.

Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine

Image
Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162367 Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi telah memberi amaran kepada pasangan kekasih supaya tidak merakam video seks mereka pada Hari Valentine bagi mengelak daripada diperas ugut selepas hubungan mereka berakhir. Pol Kol Siriwat Deepor, timbalan komander bahagian itu, berkata pada hari Ahad bahawa pasangan kekasih sering menyatakan keghairahan mereka antara satu sama lain pada Hari Valentine, tetapi mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga - dengan tidak merakamnya dalam video. "Pasangan kekasih mungkin secara sukarela merakam hubungan seksual mereka. [Tetapi] jika mereka berpisah pada masa hadapan, lelaki mungkin memuat naik klip dalam talian dan mencemar maruah pasangan wanita," katanya. Kes sebegini termasuk dalam kategori "sextortion" oleh mereka yang mempunyai bahan lucah orang lain dalam simpanan mereka. Pesalah sedemikian boleh ja

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana