[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak


[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162387

Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang 12 February 2023 sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat.

“Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

“Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL