[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam


[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1

PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas.

Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam.

"Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka.

Menurutnya bagaimanapun nelayan terbabit berjaya ditahan selepas anggota APMM menurunkan sebuah bot untuk menghampiri bot tunda itu dan berjaya memanjat masuk walaupun ada yang rebah dan tergelincir akibat lantai licin.


Beliau berkata turut dirampas tiga tan ikan, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan alat komunikasi serta bekalan minyak diesel sebanyak 5,000 liter yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM1.56 juta.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Tekong dan kru  boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan enam kali sebatan mengikut Seksyen 6 (3) Akta sama.

“Bagi kes di bawah Akta Perikanan 1985 mereka boleh didenda maksimum RM6 juta untuk tekong dan RM600,000 setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) dan bot serta alat penangkapan ikan juga boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma