Posts

Tiga orang ditembak mati

Image
Tiga orang ditembak mati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654 PHETCHABURI: Polis pada petang Rabu (22 Mar 2023) mengepung sebuah rumah di mana seorang lelaki bersenjata bersembunyi selepas membunuh tiga orang dan mencederakan tiga lagi. Pegawai polis meminta ibu lelaki melalui pembesar suara polis untuk memujuk anaknya menyerah diri, tetapi tidak berjaya. Gabenor Phetchaburi Natthachai Namphunsuksan juga cuba bercakap dengan penembak tetapi dia terus melepaskan tembakan. Ini susulan kejadian tembakan yang bermula sejurus selepas 1.30 tengah hari di Soi 4 ​​taman perumahan Krungphet Villa bertentangan dengan pusat beli-belah di tambon Ton Mamuang. Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. Mereka yang cedera termasuk Kanoksak Muthakan, ketua Pertubuhan Pentadbiran Ton Mamuang Tambon, yang tiba di tempat kejadian untuk mengendalikan keadaan. Pipi dan teling

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Image
[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644 Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. “Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.  Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai perdana menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya un

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

Image
[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162633 BATU PAHAT – Tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kira-kira satu jam hari ini. Kejadian tersebut berlaku berhampiran Parit Haji Kamisan di Yong Peng dekat sini ketika pegawai JKM terbabit dalam perjalanan menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Pegawai JKM Batu Pahat, Siti Nadiah Mardi, 36, berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari melibatkan beliau dan rakan sekerja, Herlinda Abd Majid, 42, serta pemandu lelaki berusia 46 tahun. “Kenderaan kami terperangkap di jalan dalam kawasan kebun kelapa sawit yang dinaiki air. Jalan itu antara laluan ke PPS berkenaan. Mulanya air banjir hanya pada paras sederhana, namun jadi semakin tinggi hingga kepada paras berbahaya melebihi satu meter. “Keadaan itu mengakibatkan pacuan empat roda jenis

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Image
Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621 Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan beliau bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.  Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang  menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu. Johari yang juga ahli parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ ONN pagi tadi.  Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing. VIDEO berkaitan Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar pencalonannya bagi jawatan sama.

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Image
Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611 Polis menahan empat suspek berhubung pembunuhan empat lelaki yang mayat mereka ditemui di Tasik Juerae dan Sungai Kolok di wilayah selatan Narathiwat dua hari lalu. Penduduk menemui tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok, berhampiran tasik, lewat hari itu. Pegawai polis itu percaya bahawa mereka semua dibunuh kerana konflik berkaitan pengedaran dadah. Empat individu yang maut dikenal pasti sebagai Niheng berusia 27 tahun, Muhammad-aliya 38 tahun, Aussawe 19 tahun dan Mooseng 32 tahun. KhaoSod melaporkan hari ini bahawa pegawai Polis Wilayah Narathiwat menahan empat suspek berkaitan kes pembunuhan itu. Dua suspek ditahan pada malam Rabu, dan dua lagi diberkas tengah hari semalam. Polis juga telah merampas senjata, termasuk pistol 9mm dan 32mm, dip
Image
[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1 Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu. Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kes

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Image
[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1 Seorang pengarah syarikat perabot didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa berjumlah RM12.875 juta antara Julai 2021 sehingga November tahun lalu. Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama dan kelima, tertuduh yang juga pengarah syarikat SSH Furniture Sdn. Bhd. didakwa meminta rasuah masing-masing RM3.975 juta dan RM7.4 juta iaitu sepuluh peratus daripada harga sebenar projek menaik taraf jalan dibawah Jana Wibawa. Tertuduh didakwa membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn. Bhd. bagi mendapatkan projek di dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat serta bersetuju melantik Syarikat TS