[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan


[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162633

BATU PAHAT – Tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kira-kira satu jam hari ini.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Parit Haji Kamisan di Yong Peng dekat sini ketika pegawai JKM terbabit dalam perjalanan menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pegawai JKM Batu Pahat, Siti Nadiah Mardi, 36, berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari melibatkan beliau dan rakan sekerja, Herlinda Abd Majid, 42, serta pemandu lelaki berusia 46 tahun.

“Kenderaan kami terperangkap di jalan dalam kawasan kebun kelapa sawit yang dinaiki air. Jalan itu antara laluan ke PPS berkenaan. Mulanya air banjir hanya pada paras sederhana, namun jadi semakin tinggi hingga kepada paras berbahaya melebihi satu meter.

“Keadaan itu mengakibatkan pacuan empat roda jenis Ford Everest dinaiki kami hanyut ke tepi. Air terus naik memaksa kami naik ke bonet sebelum duduk atas bumbung pacuan empat roda berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut Siti Nadiah, kira-kira sejam mereka berdepan situasi mencemaskan itu dan ketiga-tiganya sudah bersedia untuk memanjat pokok kelapa sawit sekiranya air terus naik.

“Saya tidak tahu boleh hidup lagi atau tidak. Air menghampiri bumbung kereta dan kami ketika itu sudah bersiap sedia untuk berpaut pada pokok kelapa sawit. Kami hubungi pelbagai agensi dan rakan supaya membantu,” katanya.

Siti Nadiah berkata, selepas sejam mereka mendengar bunyi bot dan ketika itu masing-masing menjerit meminta bantuan sambil melambai-lambaikan tangan.

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” katanya.

Siti Nadiah berkata, dalam kejadian berkenaan, kesemua barangan yang dibawa dalam kenderaan tersebut termasuk makanan, minuman serta borang pendaftaran rosak.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma