Posts

Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’

Image
Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/152689 Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time’ atau data masa nyata. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti. Katanya kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang. “Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/5yiZPdjGKlY “Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko se

[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB

Image
[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164740 Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Mid  Valley Megamall hari ini. Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu. “Kebakaran itu melibatkan salah sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, pihak Mid Valley Megamall menerusi Facebook mengesahkan kebakaran itu berlaku di bilik pencawang TNB pusat beli-belah itu dan berjaya dikawal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan.  https://youtu.be/Aso_OOUa9jg Pihak pusat beli-belah itu turut mengesahkan setakat 11.38 pagi, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan oleh JBPM yang kini berada di lapangan menjalankan siasatan dan memastikan kese

Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20

Image
Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164735 TAMIL NADU -- Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India telah meningkat kepada 20 setakat ini. Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (7), menurut Xinhua. Lebih 30 orang kini sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di dua daerah terbabit.  Mangsa mengadu mengalami muntah, kerengsaan mata, dan pening, menurut seorang pegawai kanan polis.  VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ALUqywHkT1s Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain. Sementara itu, amaran telah dikeluarkan di kedua-dua daerah, dalam usaha menjauhkan orang ramai daripada meminum minuman keras. Beberapa individu lain juga telah ditahan kerana didakwa terlibat dalam pengedaran arak haram di negeri ini. Ketua Menteri M.K. Stalin menyuarakan rasa terkejut dengan berita kematian itu dan m

Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341

Image
Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164723 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) supaya kompaun yang lebih tinggi dan pendakwaan di mahkamah boleh dikenakan terhadap pelaku yang menyalah guna pili bomba. Menterinya Nga Kor Ming berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan akta itu dapat berfungsi mencegah perbuatan tersebut, memandangkan nilai kompaun dikenakan hanya antara RM100 dan RM500 serta tidak dikaji sejak 1988.  “Saya berpendapat ia tidak cukup untuk menyampaikan mesej, tetapi ia mesti berfungsi sebagai penghalang (perbuatan salah guna pili bomba). Jumlah RM100 hingga RM500 dilihat terlalu ringan, mereka pandang remeh dan jumlah itu mampu bayar. “Kita akan kaji dan tingkatkan jumlah kompaun tersebut termasuk mendakwa pelaku di mahkamah pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 KPKT di sini hari

Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA

Image
Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA PHNOM PENH, 16 Mei (Bernama) -- Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam ini. Pada hari semua acara pingat berakhir hari ini, pencapaian negara pada edisi ke-32  di sini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu. Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, malam esok, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan. Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Lebih mengecewakan apa

[VIDEO] Tangani isu air; Kerajaan koordinasi peranan jabatan, agensi - Ahmad Zahid

Image
Tangani isu air; Kerajaan koordinasi peranan jabatan, agensi - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164687 SIK  -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan telah merancang beberapa langkah meminimumkan kesan cuaca panas kepada pengguna air domestik, industri dan pertanian, termasuk mengkoordinasikan peranan kementerian, jabatan dan agensi, selain kerajaan negeri. "Monsun Barat Daya yang bermula semalam hingga akhir September, keprihatinan kami (kerajaan) adalah terhadap kekurangan air disebabkan musim kemarau yang melibatkan pengguna domestik, pertanian dan industri. "Ini adalah kerana jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita dapati bahawa kadar luruan hujan akan berkurangan disebabkan Monsun Barat Daya, maka langkah-langkah telah dilakukan antara kerajaan pusat khususnya melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini takungan air di Em

Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini

Image
Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164676 KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian. Beliau berkata daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching dan satu kes dari Bahagian Bintulu. “Lapan kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/LzZolucC