Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini


Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164676

KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian.

Beliau berkata daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching dan satu kes dari Bahagian Bintulu.

“Lapan kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

VIDEO berkaitan:

https://youtu.be/LzZolucCQPc

Dr Muhammad Radzi berkata rabies merupakan penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus rabies.

“Virus ini terdapat dalam air liur haiwan yang dijangkiti dan boleh menjangkiti manusia melalui gigitan atau semasa kontak langsung dengan air liur haiwan yang dijangkiti, sama ada melalui luka atau kesan cakar oleh kucing peliharaan atau kucing liar. Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya jangkitan tersebut merebak ke otak,” katanya.

Beliau berkata orang awam dinasihati agar sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus rabies.

“Sekiranya digigit atau dicakar atau terkena air liur haiwan, luka mesti segera dicuci menggunakan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit dan segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat,” katanya. 

Sementara itu, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 31 buah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Sarawak telah dikenal pasti bagi menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL