Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341


Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164723

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) supaya kompaun yang lebih tinggi dan pendakwaan di mahkamah boleh dikenakan terhadap pelaku yang menyalah guna pili bomba.

Menterinya Nga Kor Ming berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan akta itu dapat berfungsi mencegah perbuatan tersebut, memandangkan nilai kompaun dikenakan hanya antara RM100 dan RM500 serta tidak dikaji sejak 1988. 

“Saya berpendapat ia tidak cukup untuk menyampaikan mesej, tetapi ia mesti berfungsi sebagai penghalang (perbuatan salah guna pili bomba). Jumlah RM100 hingga RM500 dilihat terlalu ringan, mereka pandang remeh dan jumlah itu mampu bayar.

“Kita akan kaji dan tingkatkan jumlah kompaun tersebut termasuk mendakwa pelaku di mahkamah pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 KPKT di sini hari ini.

VIDEO berkaitan:

https://youtu.be/OTZ4TLL0GeY

Terdahulu, Nga menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 713 warga KPKT bagi 2022.

Sebelum ini media melaporkan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff didakwa menyediakan penghantaran air percuma di kawasan Parlimen berkenaan dengan mengambil air dari pili bomba untuk dihantar ke kampung terjejas.

Siti Zailah bagaimanapun menafikan beliau mencuri air daripada pili bomba, sebaliknya mendakwa tindakannya mendapat kebenaran pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan. 

Pada 11 Mei lepas, JBPM Kelantan dalam kenyataan memaklumkan seorang kontraktor telah dikenakan kompaun RM100 membabitkan isu tersebut.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu sampah dan penyelenggaraan kebersihan flat kos rendah di Johor, Nga berkata pihaknya mengambil berat dan menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung kekecewaan baginda tentang isu itu.

"Saya sudah terima gambar-gambar (sampah) daripada Sultan Johor berkenaan beberapa lagi flat. Itu akan ditangani segera dalam masa terdekat, dua hari ini," katanya.

Katanya, SWM Environment Sdn Bhd (SWM) selaku operator perkhidmatan pembersihan di negeri itu akan memberikan maklum balas tentang isu dibangkitkan Sultan Ibrahim dan berharap mendapat kerjasama daripada semua agensi kerana ia bukan kesalahan SWM sahaja.

"Ini kerana ada beberapa isu tersebut di luar skop kerja dan kontraknya (SWM). Mereka tidak boleh melebihi bidang kuasanya jika tiada dalam peruntukan kontrak," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma