Posts

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te

[VIDEO] Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang

Image
[VIDEO] Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang KUANTAN  -- Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di sini lewat malam ini.  Pengebumian jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai pada 11.52 malam. Terdahulu, van yang membawa kesemua jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi kereta peronda polis sebelum disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu, yang dipenuhi ahli keluarga serta kenalan semua mangsa, dan mereka difahamkan sudah berada di tanah rancangan berkenaan sejak p

MAHB catat hampir 10 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023

Image
MAHB catat hampir 10 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023 BACA seterusnya: https://pakdin.my/166314 Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 9.92 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023, naik 37.7 peratus daripada 7.20 juta dicatatkan dalam bulan yang sama pada tahun lepas. Ini adalah trafik tertinggi yang dicapai sejak pandemik pada Mac 2020, mengatasi jumlah pada Disember 2022 sebanyak 9.52 juta, menurut pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Kali terakhir trafiknya melebihi 10 juta adalah pada Januari 2020 (11.89 juta) dan jumlah itu merosot kepada 8.87 juta pada bulan berikutnya. MAHB berkata prestasi itu berkembang dengan baik kepada paras sebelum pandemik didorong oleh pemulihan trafik yang kukuh daripada operasi di Malaysia dan Turkiye. Katanya sektor antarabangsa dan domestik mencatatkan jumlah tertinggi sejak Mac 2020, masing-masing sebanyak 4.6 juta dan 5.4 juta penumpang. Bagi lapangan terbangnya

PRN Selangor: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai

Image
PRN Selangor: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai BACA seterusnya: https://pakdin.my/166306 Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah selesai, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Menteri Besar Selangor itu berkata selebihnya beliau serahkan kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang. "Dah selesai Selangor bincang, selesai bagi kami tapi yang di pusat itu (bagi) mereka bincang.(Selebihnya), anda tanya PM (Perdana Menteri Anwar) dan TPM (Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid) kerana (keputusan) sekarang di tangan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Taman Tema Air, SplashMania Waterpark di Gamuda Cove di sini hari ini. Pada minggu lepas, beliau memaklumkan rundingan agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha.

PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican

Image
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican BACA seterusnya: https://pakdin.my/166298 Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi, kata Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata keazaman dan semangat ahli parti itu bagi membantu dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang masih tinggi meskipun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak seperti yang mereka harapkan. "Pola pengundian tidak semestinya berada pada tahap yang sama dan kecenderungan itu pasti akan berlaku… namun dalam keadaan apa sekali pun, kita tidak akan berputus asa kerana rakyat Kedah mendambakan pentadbiran negeri dan negara berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO Perlis dan Perak dilantik sebagai '

“Siapa nak kahwin dengan saya?” - Inspektor Sheila cari calon suami di FB

Image
“Siapa nak kahwin dengan saya?” - Inspektor Sheila cari calon suami di FB BACA seterusnya: https://pakdin.my/166290 NAMA Inspektor Sheila menjadi topik hangat dalam kalangan netizen selepas video dia menghina anggota bawahan serta mengugut wanita warga emas tular di media sosial. Namun kini pegawai polis itu melalui hantaran di Facebook sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila menyatakan hasrat untuk mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Dalam hantaran tersebut, Sheila menetapkan beberapa syarat untuk golongan lelaki yang berminat menjadi teman hidupnya. Malah dia mengalu-alukan secara terbuka sekiranya ada jejaka yang sudi untuk keluar temu janji dengannya bagi mencari keserasian. Inspektor Sheila mencari jodoh melalui hantaran di halaman Facebook. “Ada sesiapa di sini yang nak berkahwin dengan saya? Beritahu saya di bahagian komen untuk keluar berjanji temu terlebih dahulu bagi mengenali satu sama lain. “Lelaki itu perlu melepasi semua syarat yang saya tetapkan. Set

Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari

Image
Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari BACA seterusnya: https://pakdin.my/166281 KOTA BHARU  -- Seorang lelaki direman tujuh hari bermula semalam selepas disyaki menikam bekas isterinya Rokiah Ayub, 42, sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh di sini semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 51 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Lelaki tersebut direman hingga Sabtu ini dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah," katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam,  seorang wanita berusia 42 tahun yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun ditikam 13 kali hanya kerana cemburu selepas mengetahui bekas isteri itu mempunyai teman lelaki dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian Dalam insiden itu, suspek yang juga bekas suami mangsa turut cedera parah selepas diperca