PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos


PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos .

Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.

“Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“

Bagi maksud menjalankan PRN, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:

“Tarikh keluar writ pada 5 Julai; hari penamaan calon 29 Julai; hari mengundi awal 8 Ogos dan hari mengundi pada 12 Ogos,” katanya dalam sidang akhbar PRN di Menara SPR, di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Selangor membubarkan DUN secara rasmi pada 23 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN.

Sementara, Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun; Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah masing-masing pada 28 Jun; sementara Negeri Sembilan pada 1 Julai.

Sebanyak 245 kerusi DUN melibatkan enam negeri akan dipertanding pada PRN kali ini.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL