PRN Selangor: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai


PRN Selangor: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166306

Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah selesai, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata selebihnya beliau serahkan kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang.

"Dah selesai Selangor bincang, selesai bagi kami tapi yang di pusat itu (bagi) mereka bincang.(Selebihnya), anda tanya PM (Perdana Menteri Anwar) dan TPM (Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid) kerana (keputusan) sekarang di tangan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Taman Tema Air, SplashMania Waterpark di Gamuda Cove di sini hari ini.

Pada minggu lepas, beliau memaklumkan rundingan agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL