Posts

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara

Image
Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166745 Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek, telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini. Tanpa mendedahkan senarai negara yang cuba memancingnya, Misbun berkata antara yang berminat mendapatkan khidmatnya itu dari negara jiran, manakala terdapat juga tawaran baginya untuk membimbing skuad senior. “Sebenarnya dari dulu lagi sudah ada (tawaran) malah dalam beberapa minggu lalu setelah mereka tahu saya telah diberhentikan, namun saya mahu rehat dahulu. “Kesemuanya bergantung kepada syarat tertentu yang saya letakkan, jika mereka setuju baru saya terima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Misbun, yang memerlukan masa memikirkan tawaran diterimanya berkata buat masa ini, beliau akan memberi tumpuan terlebih dahulu dalam aspek

Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK

Image
Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166741 Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi. Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya akan terus bersama barisan kepimpinan dalam merangka strategi yang terbaik untuk memperkukuh parti serta menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Prestasi BN di dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah berlangsung baru-baru ini adalah tangggungjawab bersama seluruh kepimpinan. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat. “Agenda perpaduan ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara in

[VIDEO] Nahas N28JV: Bedah siasat selesai, jenazah diserah kepada wakil keluarga

Image
[VIDEO] Nahas N28JV: Bedah siasat selesai, jenazah diserah kepada wakil keluarga BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166732 Polis sudah mengesahkan identiti semua 10 mangsa nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Khamis lepas, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sembilan lagi mangsa adalah Shahrul Kamal Roslan, 41, Heikal Aras Abdul Azim, 45, Mohammad Taufiq Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, Idris Abdul Talib @ Ramali, 41, Sharipudin Shaari, 51, dan Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32. “Saya ingin maklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Jabatan Kimia Malaysia telah selesai proses bedah siasat dan ujian pengecaman. “Kita telah terima ujian DNA hampir kesemua sampel yang dihantar sebelum ini. Kita telah

[VIDEO] Hujan lebat beserta ribut rosakkan beberapa premis sekitar Kota Bharu

Image
[VIDEO] Hujan lebat beserta ribut rosakkan beberapa premis sekitar Kota Bharu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166728 Kejadian ribut beserta hujan lebat yang berlaku sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan petang ini telah merosakkan beberapa premis perniagaan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 6 petang 18/8/2023 menyebabkan banyak kawasan sekitar bandar itu terjejas. Menerusi perkongsian di laman Facebook, beberapa pengguna telah berkongsi keadaan terkini sekitar bandar tersebut. Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Cempaka Anis, kejadian tersebut telah merosakkan struktur dan papan tanda beberapa premis perniagaan di bandar itu. Malah katanya, terdapat beberapa kenderaan rosak akibat kejadian ribut tersebut. “Kuatnya hujan ribut KB (Kota Bharu), lepas satu-satu singboard (papan tanda) jatuh atas jalan raya. “Seram wehh mujur duk line (kawasan) tengah ada kena kreto (kereta) orang pulak tu, tengok pokok lagi seram, pokok pulak besar-besar,” tulisnya. Turut berko

[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Image
[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166724 Polis mengesahkan enam mayat nahas pesawat ringan di persiaran Elmina, sudah ditemui setakat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta. "Setakat ini, enam mayat sudah ditemui dan pencarian membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar. "Dalam kapal terbang, ada lapan orang, satu pemandu kereta dan motosikal. Pemandu kereta ini kita tidak tahu sama ada pemandu e-hailing (Grab) dan adakah penumpang dalam kereta itu. "Kita sedang menghubungi waris terdekat tetapi tiada siapa menjawab telefon," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini. Razarudin berkata, pasukan pencarian akan mencari semua mayat terlebih dulu, manakala kotak hitam akan diuruskan Biro Siasa

[VIDEO] Pesawat terhempas berdekatan Elmina: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut

Image
[VIDEO] Pesawat terhempas berdekatan Elmina: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166717 Polis mengesahkan orang kenamaan adalah antara 10 lelaki  maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini pada 2.40 petang 17/8/2023. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lapan daripada mereka ialah penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. Beliau berkata ketika kejadian pesawat malang itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang tadi. “Namun dua minit sebelum mendarat, pesawat tersebut dipercayai hilang kawalan dan terhempas lalu melanggar motosikal dan kereta yang melalui kawasan itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian. Beliau berkata ketika kejadian, ked

[VIDEO] Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN

Image
[VIDEO] Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166712 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN15) di enam negeri, semalam. Katanya, kekalahan itu tidak seharusnya ditujukan pada seseorang saja, sebaliknya setiap pemimpin dalam parti perlu bertanggungjawab. "Top 5, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua Bahagian dan Ketua Sayap Pemuda, Puteri serta Wanita perlu melihat perkara ini kerana rakyat sudah membuat keputusan. "UMNO kena terima hakikat bahawa orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah menolak UMNO, manakala di negeri membangun seperti Pulau Pinang dan Selangor juga dilihat hampir berlaku perkara yang sama. "Sementara di Negeri Sembilan, walaupun kita menang 14 kerusi, tetapi ia jatuh sedikit berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu iaitu kita me