[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna


[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166724

Polis mengesahkan enam mayat nahas pesawat ringan di persiaran Elmina, sudah ditemui setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta.

"Setakat ini, enam mayat sudah ditemui dan pencarian membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar.

"Dalam kapal terbang, ada lapan orang, satu pemandu kereta dan motosikal. Pemandu kereta ini kita tidak tahu sama ada pemandu e-hailing (Grab) dan adakah penumpang dalam kereta itu.

"Kita sedang menghubungi waris terdekat tetapi tiada siapa menjawab telefon," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.


Razarudin berkata, pasukan pencarian akan mencari semua mayat terlebih dulu, manakala kotak hitam akan diuruskan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Beliau berkata, pengambilan Asid Deoksiribonukleik (DNA) waris mangsa akan dilakukan di Balai Polis Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

"Operasi ini akan dilakukan berterusan 24 jam sehingga semua mayat nahas ditemui," katanya.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang tadi, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Gutrie dekat sini.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma