Posts

Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan

Image
Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168531/ SINGAPURA – Sebuah kedai menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka, lapor akhbar The New Paper semalam. Seorang pengguna, Steven Wong memberitahu portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar. Ia menyatakan: “Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”. Bagaimanapun, apa yang menonjol adalah entri terakhir menunjukkan caj tambahan 50 sen dikenakan jika pelanggan meminta tiada tauge dalam makanan mereka. Gerai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram. “Ini tidak masuk akal,” katanya,  Wong berkata, dia tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan di pusat penjaja tersebut tidak akan melet

Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung

Image
Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168526 SERI MENANTI - Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang dianjurkan julung kalinya berjaya menerima hampir 10,000 pengunjung menerusi dua hari penganjurannya.  Menurut Exco Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, Seni Budaya Olek Godang membawa maksud kenduri besar berjaya mempamerkan kelestarian seni, budaya dan warisan Negeri Sembilan kepada orang ramai. "Program ini bagus bagi merakyatkan seni budaya kepada masyarakat. Dalam adat perpatih bunga 'lado' merupakan bunga rasmi dalam arkitek seni. Ia begitu unik. "Progam seperti ini juga amat bagus bagi mendedahkan orang orang muda dan memperkenal seni dan budaya Negeri Sembilan kepada mereka supaya ia tidak dilupakan," katanya kepada pemberita dalam Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang Seni Budaya di Ladang Alam Warisan Seri Menanti, Kuala Pilah. Pelbagai aktiviti pam

Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam

Image
Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168522 NAKHON RATCHASIMA: Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun ditahan kerana didakwa membunuh seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun dengan melemaskannya secara paksa di dalam kolam di daerah Bua Yai. Kejadian itu dilaporkan akibat rasa cemburu selepas mangsa rapat dengan teman lelaki salah seorang suspek. Pol Kol Thatchaphon Songsaeng, ketua balai polis Bua Yai, dan pegawai menjalankan lakonan semula jenayah di kolam Bueng Hua Yai pada hari Sabtu 30 September 2023 dengan kedua-dua suspek, yang namanya dirahsiakan). Penduduk yang marah berkumpul di tempat kejadian untuk mengutuk mereka. Penahanan itu diakukan pada Jumaat (29/9/2023) selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup, menunjukkan kedua-dua suspek tiba di rumah mangsa di Bua Yai dengan motosikal pada petang Rabu. Mereka kemudian membawa gadis itu ke kolam, di mana mayatnya ditemui terapung pada pagi

Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

Image
Jururawat maut nyatakan hasrat mahu berpisah dengan suami BACA seterusnya di: 168516 ALOR SETAR – Jururawat yang maut dipercayai ditikam dalam kejadian di Arau, Perlis hari ini (30 September 2023) pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya itu sebelum ini, namun membatalkannya demi anak-anak. Menurut rakan baiknya, Rosima Dollah, 31, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, bagaimanapun memaklumkan kepadanya akan pergi ke pejabat agama esok bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya itu. “Arwah pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwah ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu. “Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwah menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini. Menurut Rosima, kali terakhir mereka bertemu pada Hari Ray

EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul

Image
EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul BACA seterusnya di: pakdin.my/168512 LONDON – Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Manchester City mengalami kekalahan mengejut pada saingan malam ini. United yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag tewas kepada Crystal Palace hasil jaringan tunggal yang dilakukan oleh Joachim Andersen pada minit ke-25. Skuad The Red Devils berusaha untuk bangkit mencari gol penyamaan tetapi kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus merekodkan kekalahan ke-4 pada saingan musim ini. Sementara itu, City selaku pendahulu EPL tewas buat kali pertama kepada Wolverhampton dengan keputusan 1-2 di Stadium Molineux. City meraih gol tunggal hasil jaringan Julian Alvarez manakala tuan rumah mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri pertahanan City, Ruben Dias dan penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan. Pasukan Arsenal pula kembali berada di landasan kemenangan selepas mudah menewaskan Bournemouth 4-0 di tempat law

Wanita kena tikam dalam kedai dobi di Seberang Takir

Image
Wanita kena tikam dalam kedai dobi di Seberang Takir BACA seterusnya di: pakdin.my/168508 KUALA NERUS – Seorang wanita cedera akibat ditikam senjata tajam dipercayai gunting oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun cedera pada bahagian belakang badan dan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan serangan bermotifkan samun. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian mangsa berada di dalam dobi layan diri  sebelum suspek tiba-tiba meluru masuk dan menyerangnya. “Wanita berkenaan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan serangan itu tular di media sosial dan berdasarkan klip video tersebut, suspek bertindak menikam belakang wani

🎦 Azeem raih gangsa 100m, tamat penantian 41 tahun

Image
🎦 Azeem raih gangsa 100m, tamat penantian 41 tahun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168501 Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi memahat sejarah tersendiri di pentas Sukan Asia Hangzhou apabila meraih pingat gangsa 100 meter (m) sebentar tadi. Azeem, 19, meraih kejayaan membanggakan itu selepas melintasi garisan penamat aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou dengan catatan masa 10.11 saat (s). Walaupun gagal memecahkan rekod 100m kebangsaannya iaitu 10.09s tetapi kejayaan itu telah menamatkan penantian 41 tahun kem olahraga negara dalam acara 100m di pentas Sukan Asia sejak Datuk Rabuan Pit menjuarai edisi 1982 di New Delhi, India. Pingat emas acara itu dimenangi Xie Zhenye dari China yang merekodkan catatan 9.97s, manakala perak menjadi milik bintang muda Thailand, Puripol Boonson dengan masa 10.02s.