Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung


Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168526

SERI MENANTI - Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang dianjurkan julung kalinya berjaya menerima hampir 10,000 pengunjung menerusi dua hari penganjurannya. 

Menurut Exco Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, Seni Budaya Olek Godang membawa maksud kenduri besar berjaya mempamerkan kelestarian seni, budaya dan warisan Negeri Sembilan kepada orang ramai.

"Program ini bagus bagi merakyatkan seni budaya kepada masyarakat. Dalam adat perpatih bunga 'lado' merupakan bunga rasmi dalam arkitek seni. Ia begitu unik.

"Progam seperti ini juga amat bagus bagi mendedahkan orang orang muda dan memperkenal seni dan budaya Negeri Sembilan kepada mereka supaya ia tidak dilupakan," katanya kepada pemberita dalam Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang Seni Budaya di Ladang Alam Warisan Seri Menanti, Kuala Pilah.

Pelbagai aktiviti pameran kesenian dan kebudayaan melambangkan identiti Negeri Sembilan dipamerkan seperti pertandingan masakan tradisional Negeri Sembilan antara enam Luak Tanah Mengandung Pertandingan Cak Lempong dan pameran Sembilan Identiti Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Nicole Tan turut memaklumkan pihaknya berhasrat untuk melaksana Inisiatif@N9 bagi memartabatkan seni budaya di negeri berkenaan.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL