🎦 Azeem raih gangsa 100m, tamat penantian 41 tahun


🎦 Azeem raih gangsa 100m, tamat penantian 41 tahun

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168501

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi memahat sejarah tersendiri di pentas Sukan Asia Hangzhou apabila meraih pingat gangsa 100 meter (m) sebentar tadi.

Azeem, 19, meraih kejayaan membanggakan itu selepas melintasi garisan penamat aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou dengan catatan masa 10.11 saat (s).

Walaupun gagal memecahkan rekod 100m kebangsaannya iaitu 10.09s tetapi kejayaan itu telah menamatkan penantian 41 tahun kem olahraga negara dalam acara 100m di pentas Sukan Asia sejak Datuk Rabuan Pit menjuarai edisi 1982 di New Delhi, India.

Pingat emas acara itu dimenangi Xie Zhenye dari China yang merekodkan catatan 9.97s, manakala perak menjadi milik bintang muda Thailand, Puripol Boonson dengan masa 10.02s.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma