Posts

Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air

Image
Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168715/ BESUT – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu didapati telah keluar dari pulau peranginan pada kelmarin. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, siasatan awal mendapati Suraidah Abdul Ghani, 52, anak lelaki dan dua cucunya telah mendaftar keluar dari sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil pada pukul 8 pagi, Ahad lalu (1/102023). “Semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan Proton Saga yang dinaiki keluarga itu dikesan telah bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke Jambatan Seberang Kastam di sini pada pukul 10.06 pagi, 1 Oktober lalu. “Berdasarkan makluman daripada pengendali bot yang membawa mereka, keluarga tersebut dikatakan merancang untuk menyambung percutian di Batu Burok, Kuala Terengganu selepas itu,” katanya. Abdul Rozak

4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian

Image
4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168711/ BESUT – Empat sekeluarga iaitu dua wanita, anak lelaki dan cucunya dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini pada hujung minggu lalu. Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga yang sepatutnya keluar dari pulau peranginan tersebut semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut. “Kami sedang melakukan pengesahan (dakwaan kehilangan) dan siasatan sudah dilakukan. “Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu tular di media sosial tentang kerisauan ahli keluarga Suraidah setelah tiada berita tentang wanita itu, anaknya, Mohamad Aiman Mohd. Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd. Saiful, 4, sejak Sabtu lalu. Mereka dikatakan tiba di daerah ini dari

🎦 Wanita dakwa asal Singapura mengaku tidak suka negara sendiri

Image
🎦 Wanita dakwa asal Singapura mengaku tidak suka negara sendiri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/?p=168705/ LONDON – Seorang wanita yang mendakwa berasal dari Singapura menyatakan dalam satu temu ramah di London bahawa dia tidak menyukai negaranya, lapor portal berita MSNews kelmarin. Wanita itu menimbulkan kontroversi  di laman TikTok @Brandondior1 pada Rabu minggu lalu. Seorang pencipta kandungan media sosial popular bertanya kepada orang ramai di London tentang soalan peribadi, selalunya berkaitan identiti mereka. Pencipta kandungan tersebut kemudian bertanya kepada seorang wanita muda dari mana dia berasal dan dia menjawab: “Singapura”. Soalan seterusnya adalah perkara terbaik yang dirasakan wanita berkenaan tentang negaranya. Tanpa berfikir panjang, wanita itu berkata: “Tiada apa-apa. Saya tidak suka negara saya.” Apabila diminta untuk bercakap kepada orang yang tidak pernah pergi ke Singapura, dia menjelaskan bahawa melawat negara itu untuk bercuti adalah baik.  “Namun, jik

🎦 Jangan biar pinggan kotor dalam singki, elak sihir

Image
🎦 Jangan biar pinggan kotor dalam singki, elak sihir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168549/ Orang ramai diingatkan supaya tidak membiarkan pinggan mangkuk yang kotor berlonggok di dalam singki sebelum tidur. Menurut penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, perkara itu ialah untuk mengelak berlakunya gangguan di dalam rumah. “Jika tidak berkesempatan untuk basuh pada waktu malam, pastikan sisa makanan dibuang dan tidak dibiarkan di dalam singki. “Selepas buang, lingkupkan pinggan mangkuk tersebut jangan dibiarkan ternganga bagi mengelak punca-punca sihir yang berlaku di dalam rumah melalui bekas pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk makan,” katanya. Selain itu, Ustaz Ariffin juga mengingatkan orang ramai supaya pakaian yang dijemur di luar rumah perlulah dibawa masuk ke dalam sebelum waktu maghrib. “Jangan biarkan baju terkena hujan, embun. Mudah terkena penyakit. “Sesibuk macam manapun, pastikan semua pakaian dibawa masuk ke dalam ruma

Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia

Image
Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168545/ JAKARTA – Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan(KLHK), menafikan tuduhan bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bergerak ke Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, aduan Malaysia tentang jerebu Indonesia adalah tidak tepat. “Kami memantau situasi dan tiada jerebu rentas sempadan sampai ke Malaysia” katanya. Berkenaan imej jerebu merentasi sempadan, kementerian berkenaan menerima laporan tebaran jerebu daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik(BMKG) dan Pusat Khas Meteorologi ASEAN (ASMC) dari 28 September hingga 30 September setakat tengah hari kelmarin. Menurut Siti Nurbaya, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia merentasi ruang udara ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian ASMC, selama beberapa hari, jerebu yang berlaku adalah sederhana hingga tebal di sebilangan kawasan

Indonesia merosakkan keraian Asia Tenggara TikTok

Image
Indonesia merosakkan keraian Asia Tenggara TikTok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168539/ Jun kini mesti berasa seperti realiti alternatif kepada CEO TikTok Shou Zi Chew. Dengan memakai baju batik tradisional, dia berada di Jakarta berjanji untuk melabur berbilion dolar di Indonesia, nampaknya menggembirakan pegawai kerajaan, eksekutif industri dan pengguna. Pada hari Rabu, bagaimanapun, pentadbiran Presiden Joko Widodo melarang transaksi e-dagang di platform media sosial. Perniagaan aplikasi video pendek ByteDance, yang mempunyai 125 juta pengguna aktif bulanan di negara ini, nampaknya menjadi sasaran utama, sekalipun bukan satu-satunya, sasaran. Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan memberitahu pemberita bahawa peraturan itu, yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk memastikan persaingan perniagaan yang "adil dan saksama" dan membantu melindungi data pengguna. Tetapi beberapa penggubal undang-undang baru-baru ini mengadu tentang kesan jualan dalam talian TikTok ya

Notis merah menantu Muhyiddin: SPRM serah dokumen kepada PDRM

Image
Notis merah menantu Muhyiddin: SPRM serah dokumen kepada PDRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168535/ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan dokumen tambahan kepada PDRM untuk melengkapkan notis merah Interpol ke atas dua individu termasuk menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan menyerahkan dokumen tersebut Isnin depan berikutan susulan permintaan terbaharu Interpol, agar Malaysia melengkapkan beberapa lagi maklumat yang diperlukan Interpol meminta beberapa lagi dokumen-dokumen tertentu untuk dipenuhi mengikut kehendak mereka. "Jadi kita akan bekalkan dokumen-dokumen seperti kehendak mereka (Interpol)", katanya ketika ditemui pada Program Menembak SPRM Bersama Media 2023, sempena ulang tahun SPRM yang ke-56 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini. Sementara itu, Azam turut memberitahu sempena sambutan ulang tahun ke-56 Suruhanjaya berkenaan merangka strategi