Notis merah menantu Muhyiddin: SPRM serah dokumen kepada PDRM


Notis merah menantu Muhyiddin: SPRM serah dokumen kepada PDRM

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168535/

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan dokumen tambahan kepada PDRM untuk melengkapkan notis merah Interpol ke atas dua individu termasuk menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan menyerahkan dokumen tersebut Isnin depan berikutan susulan permintaan terbaharu Interpol, agar Malaysia melengkapkan beberapa lagi maklumat yang diperlukan

Interpol meminta beberapa lagi dokumen-dokumen tertentu untuk dipenuhi mengikut kehendak mereka.

"Jadi kita akan bekalkan dokumen-dokumen seperti kehendak mereka (Interpol)", katanya ketika ditemui pada Program Menembak SPRM Bersama Media 2023, sempena ulang tahun SPRM yang ke-56 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini.

Sementara itu, Azam turut memberitahu sempena sambutan ulang tahun ke-56 Suruhanjaya berkenaan merangka strategi lebih berkesan dalam memerangi rasuah.

"SPRM adalah untuk mengurangkan ketirisan dan fokus kepada kes-kes yang menyebabkan kehilangan dana wang kepada negara dan kes-kes berskala besar", ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL