🎦 Wanita dakwa asal Singapura mengaku tidak suka negara sendiri


🎦 Wanita dakwa asal Singapura mengaku tidak suka negara sendiri

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/?p=168705/

LONDON – Seorang wanita yang mendakwa berasal dari Singapura menyatakan dalam satu temu ramah di London bahawa dia tidak menyukai negaranya, lapor portal berita MSNews kelmarin.

Wanita itu menimbulkan kontroversi  di laman TikTok @Brandondior1 pada Rabu minggu lalu.

Seorang pencipta kandungan media sosial popular bertanya kepada orang ramai di London tentang soalan peribadi, selalunya berkaitan identiti mereka.

Pencipta kandungan tersebut kemudian bertanya kepada seorang wanita muda dari mana dia berasal dan dia menjawab: “Singapura”.

Soalan seterusnya adalah perkara terbaik yang dirasakan wanita berkenaan tentang negaranya.

Tanpa berfikir panjang, wanita itu berkata: “Tiada apa-apa. Saya tidak suka negara saya.”

Apabila diminta untuk bercakap kepada orang yang tidak pernah pergi ke Singapura, dia menjelaskan bahawa melawat negara itu untuk bercuti adalah baik. 

“Namun, jika anda membesar (dan mahu) tinggal di sana, jangan lakukan itu,” katanya. 

@brandondior1 best thing about Singapore #country #Singapore #food #culture ##brandondior1 ♬ original sound - Brandondior1

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma