Posts

🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour

Image
🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour BACA seterisnya: https://pakdin.my/174191 ISKANDAR PUTERI – Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di sini menggemparkan pengunjung di kawasan jeti berkenaan hingga ia menimbulkan kebimbangan ramai di kawasan tumpuan pelancong itu. Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan dilihat berlegar-legar berhampiran bot diletakkan di kawasan jeti tersebut. Katanya, kehadiran buaya itu amat mengejutkan pengunjung sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada kawasan beriadah itu selamat dikunjungi khususnya pada hujung minggu. Kelmarin, tular video  menunjukkan kemunculan reptilia itu menimbulkan kebimbangan ramai. Terdapat pengunjung yang menyatakan bahawa pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah menemukan dua ekor buaya di kawasan itu. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kemuncu

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Image
🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman BACA seterisnya: https://pakdin.my/174185 Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini. Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan berkenaan turut membawa anggota polis dipercayai dianggarkan dalam lingkungan sekitar 20 orang memasuki kawasan perumahan itu sekitar 7.50 malam tadi. Kesemua anggota dilihat berkumpul di dalam kawasan perumahan tersebut. Difahamkan kehadiran mereka bertujuan untuk menjalankan saringan DNA penduduk secara beramai-beramai. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkam keputusan sampel DNA sebelum ini dijangka akan diterima dalam tempoh tiga hari. Pihaknya juga menganalisa beberapa kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang berhampiran lokasi kejadian yang dikesan terdapat pergerakan. Pihaknya kini sedang menganalisa lanjut bagi menentukan perg

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia naik hampir sekali ganda

Image
Jumlah kes Covid-19 di Malaysia naik hampir sekali ganda Jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,796 kes pada minggu 26 November hingga 2 Disember, naik daripada 3,626 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke kemudahan kesihatan, termasuk pesakit disyaki menghidap Covid-19, adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk, dengan satu bagi setiap 100,000 penduduk hanya bergejala ringan. Kadar penggunaan katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala kadar penggunaan katil bagi kes tidak kritikal adalah 1.1 peratus, tambahnya, lapor The Straits Times (ST). Dr Muhammad Radzi menambah bahawa 72.9 peratus daripada Varian Membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha. “Sejauh ini, tiada varian baru dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang tersebar secara tempatan

Rombakan kabinet | Senarai penuh Kabinet Malaysia

Image
Rombakan kabinet | Senarai penuh Kabinet Malaysia BACA seterisnya: https://pakdin.my/174169 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengumumkan barisan kabinet baharu di Jabatan Perdana Menteri hari ini, bukan sahaja menambah jabatan, malah bilangan menteri dan timbalan menteri juga bertambah. Bagaimanapun, berbanding dengan kerajaan terdahulu, barisan kabinet kerajaan perpaduan masih lebih kecil. Dengan penambahan tiga jabatan, 28 jabatan asal juga meningkat kepada 31 orang, dan bilangan timbalan menteri juga bertambah daripada 27 asal kepada 29. Ini juga bermakna barisan kabinet baharu kerajaan perpaduan telah meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang asal, tetapi ia masih lebih kecil berbanding 70 orang kerajaan terdahulu. Barisan kabinet baharu kerajaan perpaduan telah meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang asal, tetapi ia masih lebih kecil daripada 70 orang kerajaan terdahulu. MENTERI YANG DIGUGURKAN a) YB Sivakumar a/l Varatharaju MENTERI BAHARU a) Gobind Singh Deo b) Datuk Seri

Anwar: Mengumumkan rombakan kabinet pada 11 pagi ini?

Image
Anwar: Mengumumkan rombakan kabinet pada 11 pagi ini? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174161 Selepas menghadiri mesyuarat bulanan Kementerian Kewangan hari ini, ketika ditanya media mengenai rombakan kabinet, beliau berkata selepas rombakan kabinet, lebih banyak kementerian akan ditambah, tetapi barisan kabinet lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini. Khabarnya rombakan kabinet ini bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang telah lama kosong. Senarai kabinet baharu juga akan mengalami perubahan besar. Kami mendapat tahu kabinet baharu akan menambah beberapa jawatan menteri, termasuk Menteri Kewangan Kedua., Menteri Wilayah Persekutuan dan jawatan menteri baharu yang dipisahkan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Anwar juga berkata beliau akan menyerahkan beberapa kerja dan tugasnya. Rombakan ini melibatkan beberapa kementerian dan akan memperluaskan barisan kabinet. Beberapa bekas ment

Tiga rumah flat di Rawang terbakar

Image
Tiga rumah flat di Rawang terbakar https://huluselangor.com/?p=767410 RAWANG: Kebakaran di Blok 4 Bukit Rawang Jaya di sini, awal pagi tadi memusnahkan tiga rumah flat. Kebakaran pada jam 3.55 (10/12/2023) pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO)  Selangor,  operasi pemadaman membabitkan seramai 28 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba serta Penyelamat Bukit Sentosa dan Selayang. “Berdasarkan laporan awal, semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah flat empat tingkat yang terbakar di tingkat empat dan melibatkan tiga buah rumah. “Peratus kebakaran rumah tengah adalah 100 peratus, rumah kiri 40 peratus manakala rumah kanan 20 peratus,” ujarnya dalam kenyataan. Katanya, api dapat dikawal kira-kira jam 4.23 pagi.

🎦 Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang Serendah

Image
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang Serendah Baca seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767403 HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut. Sehubungan itu, pihaknya menjalankan operasi memasang perangkap buaya yang dianggarkan berukuran lima hingga enam kaki. "Tasik ini berhampiran dengan penempatan dan kawasan popular untuk pemancing. “Seramai 20 anggota Perhilitan Selangor terlibat dalam operasi tangkapan ini yang menggunakan umpan daging ayam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai menampakkan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam terutamanya penduduk apartment Saujana berhampiran tasik berkenaan. Justeru, Perhilitan Selangor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa melak