Jumlah kes Covid-19 di Malaysia naik hampir sekali ganda


Jumlah kes Covid-19 di Malaysia naik hampir sekali ganda


Jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,796 kes pada minggu 26 November hingga 2 Disember, naik daripada 3,626 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke kemudahan kesihatan, termasuk pesakit disyaki menghidap Covid-19, adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk, dengan satu bagi setiap 100,000 penduduk hanya bergejala ringan.

Kadar penggunaan katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala kadar penggunaan katil bagi kes tidak kritikal adalah 1.1 peratus, tambahnya, lapor The Straits Times (ST).

Dr Muhammad Radzi menambah bahawa 72.9 peratus daripada Varian Membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha.

“Sejauh ini, tiada varian baru dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang tersebar secara tempatan lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk,” katanya dalam kenyataan pada 11 Disember.

Dr Muhammad Radzi turut menjelaskan walaupun kes Covid-19 meningkat, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Peningkatan kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia. Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan dan varian Covid-19, serta bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma