🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman


🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

BACA seterisnya: https://pakdin.my/174185

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan berkenaan turut membawa anggota polis dipercayai dianggarkan dalam lingkungan sekitar 20 orang memasuki kawasan perumahan itu sekitar 7.50 malam tadi.

Kesemua anggota dilihat berkumpul di dalam kawasan perumahan tersebut.

Difahamkan kehadiran mereka bertujuan untuk menjalankan saringan DNA penduduk secara beramai-beramai.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkam keputusan sampel DNA sebelum ini dijangka akan diterima dalam tempoh tiga hari.

Pihaknya juga menganalisa beberapa kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang berhampiran lokasi kejadian yang dikesan terdapat pergerakan.

Pihaknya kini sedang menganalisa lanjut bagi menentukan pergerakan objek atau individu dalam video tersebut.

Sebelum itu, mayat Allahyarham Zayn Rayyan berusia enam tahun ditemui pada malam 6 Disember lalu di kawasan semak berhampiran anak sungai yang terletak 200 meter dari blok perumahan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL