Posts

Showing posts with the label Indonesia

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

Image
[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160862 JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku mengakibatkan 129 orang terkorban. Dalam catatan Instagramnya, Encik Mahfud berkata sebanyak 42,000 tiket dijual bagi stadium yang boleh menampung hanya 38,000 penonton. Suasana panik tercetus selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku menyusuli perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, menyebabkan ramai orang berasak-asak cuba melarikan diri. Kebanyakan mangsa terpijak sampai mati, menurut polis hari ini (2 Okt). Para penyokong dari kedua-dua kelab bola sepak dilaporkan bergaduh di dalam stadium selepas Persebaya Surabaya mengalahkan Arema Malang 3-2 dalam perlawanan BRI Liga 1. https://www.instagram.co

[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam

Image
[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158299   - JAKARTA – Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, (BMKG) Dwikorita Karnawati mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami dalam masa terdekat, lapor laman berita Kompas, kelmarin. Dwikorita meminta penduduk yang tinggal di pantai selatan Jawa dan Sumatera supaya peka dengan pembentukan ombak tsunami terutama pada waktu malam. Amaran ini disampaikan berikutan peningkatan status aktiviti Gunung Anak Krakatau daripada berjaga-jaga (tahap II) kepada berwaspada (tahap III). “Kehadiran ombak tsunami sukar untuk dikesan atau disedari pada waktu malam yang gelap maka saya minta agar penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga,” kata Dwikorita. Beliau berkata BMKG bersama Pusat Vulkanologi Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) akan terus memantau paras laut dari masa ke semasa. Pemangku Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Bencana Bada

Kadar vaksinasi di Jawa meningkat menjelang Aidilfitri

Image
Kadar vaksinasi di Jawa meningkat menjelang Aidilfitri Seterusnya di:  https://pakdin.my/158218 .... JAKARTA: Hampir kesemua penduduk di kepulauan Jawa, Indonesia, kini mempunyai antibodi menentang COVID-19, hasil program vaksinasi dan juga kadar jangkitan tinggi sebelum ini. Berdasarkan kajian dilakukan pihak berkuasa kesihatan Indonesia pada Mac lalu membabitkan 2,100 calon, hampir 99.2 peratus daripadanya mempunyai antibodi COVID-19, iaitu peningkatan enam peratus berbanding kaji selidik pada Disember tahun lalu. Pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono, yang melakukan kaji selidik itu bersama Kementerian Kesihatan, memberitahu Reuters bahawa tahap antibodi penduduk dalam kaji selidik kali ini lebih tinggi berikutan pemberian suntikan dos penggalak. Jumlah kes jangkitan coronavirus di Indonesia menurun mendadak sejak kemuncak direkodkan pada Februari lalu berikutan penularan varian Omicron. Kira-kira 60 peratus daripada 270 juta penduduk negara itu sudah menerima vak

[Video] Viral Aksi lelaki duduk di atas jamban awam yang sedang hanyut dibawa arus sungai

Image
[Video] Viral Aksi lelaki duduk di atas jamban awam yang sedang hanyut dibawa arus sungai Sumber:  https://pakdin.my/157982  ..... Sebuah jamban terapung yang hanyut terbawa arus sungai bersama seorang lelaki di atasnya telah menjadi viral dan menghebohkan media sosial. Momen yang memperlihatkan hanyutnya jamban tersebut dimuat naik oleh pengguna Instagram. Menurut informasi, jamban terapung yang hanyut dibawa arus itu berlaku di Sungai Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar dekat Martapura, Kalimantan Selatan. Dalam video, terlihat aliran air yang membawa jamban terapung dengan bongkahan tumbuhan di bawahnya yang dibawa arus bersama. Di atap jamban, ada seorang lelaki berbaju merah yang dilihat duduk santai walaupun dirinya hanyut bersama jamban. Menurut maklumat penduduk yang rumahnya berada di dekat jamban, jamban terapung itu kemungkinan hanyut dibawa arus karena dilanggar kumpulan sampah kayu dan tanaman di sungai.

[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan

Image
[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan Sumber:  https://pakdin.my/157974   ..... Jabatan Imigresen telah menahan 93 warga asing termasuk bayi dan kanak-kanak dalam satu serbuan di Kampung Pantai Dalam awal pagi tadi. Antara kesalahan yang dikesan, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi Imigresen Kuala Lumpur bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu menahan 93 warga asing terdiri daripada 47 lelaki, 33 wanita, 10 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 60 tahun. Serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada penduduk setempat. Katanya, kebanyakan PATI yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan, tukang cuci dan mengambil upah membuat kuih. “Siasatan awal mendapati PATI menyewa rumah terbabit pada harga RM200 hingga RM300 sebulan untuk satu bilik di kawasan itu,” katanya. Beliau berkata, pihak

‘Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN’, Zahid bidas Muhyiddin

Image
‘Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN’, Zahid bidas Muhyiddin [Sumber: https://pakdin.my/?p=154830] Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin kerana kekurangan idea untuk memulihkan ekonomi negara. Katanya, sehingga kini Muhyidin yang mengetuai MPN belum membentangkan pelan besar untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 dan belenggu ekonomi. “Saya tidak pasti sama ada MPN akan memulihkan negara kita atau barangkali negara sebenarnya yang perlu memulihkan MPN. Berikut adalah petikan dari catatan facebok beliau: Indonesia Bangkit. Baru-baru ini Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia Pak Sandiaga Salahuddin Uno, telah berkongsi di dalam halaman Instagram beliau petikan berita ‘Bye-Bye Malaysia-Thailand, Ekonomi RI Sudah Pulih Duluan’ dari Detik Finance bertarik 10 Februari 2022. Secara ringkasnya menunjukkan bahawa Indonesia sudah keluar dari belenggu kelembapan ekonomi dan berada dalam jajaran keduduk

Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil

Image
Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil [Sumber: https://pakdin.my/?p=154815 ] Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya. Kes itu perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama. Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung. Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu. Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu. Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus

Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia

Image
  Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia [Sumber: ] Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).  Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Jan, 2022, telah melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Feb, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Jan.  “Sejak pengumuman dasar baharu Indonesia itu, niaga hadapan MSM (FCPO) satu bulan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat 1.8 peratus minggu ke minggu (WoW) kepada RM5,714 satu tan pada 3 Feb dan mencatatkan harga tertingginya RM5,803 satu tan pada 28 Jan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan ketersediaan minyak sawit dalam pasaran eksport.  “Walaupun harga MSM meningkat di Malaysia, harga MSM domestik di Indonesia turun 2.8 peratus WoW kepada IDR1

[Video] 5 maut, lori kontena 20 tan rempuh puluhan kenderaan

Image
5 maut, lori kontena 20 tan rempuh puluhan kenderaan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153659 ] SEKURANG-KURANGNYA, lima terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan lori kontena di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada pagi Jumaat. Rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan lori tersebut merempuh kira-kira 20 kenderaan yang berhenti semasa lampu isyarat merah. Memetik laporan Kompas TV, insiden berlaku di persimpangan jalan Muara Rapak, Balikpapan kira-kira jam 6.15 pagi Jumaat (waktu tempatan). Menurut Ketua Polis Trafik Kalimantan Timur, Sony Irawan, setakat ini, pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah keseluruhan mangsa korban serta jumlah kenderaan yang terlibat. Katanya, berdasarkan rakaman CCTV, kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan brek lori tersebut. Jurucakap Polis Kalimantan Timur, Yusuf Sutejo berkata, pemandu lori yang dikenal pasti sebagai M.Ali, 47 tahun, kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Balikpapan. “Trak dengan muatan kontena 20 kaki itu m