Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil


Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154815]

Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya.

Kes itu perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama.

Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung.

Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu.

Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu.

Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus terhadap kes itu.

Wirawan, 36, tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Dia bagaimanapun meminta hakim meringankan hukuman kerana mahu membesarkan anak-anaknya.

Mahkamah juga berkata, pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.

Hari ini terdapat lebih 25,000 pondok agama dikenali pesantren di seluruh Indonesia, dengan hampir lima juta pelajar tinggal dan belajar di asrama.

Pelajar menghadiri kelas biasa pada siang hari dan meneruskan pengajian Al-Quran dan ajaran Islam sehingga petang.

Kes rogol di Bandung itu menonjolkan lagi kebimbangan mengenai masalah penderaan seksual di sekolah, dengan 14 daripada 18 kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan tahun lepas berlaku di sekolah pesantren. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma