[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan


[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan

Sumber: https://pakdin.my/157974  .....

Jabatan Imigresen telah menahan 93 warga asing termasuk bayi dan kanak-kanak dalam satu serbuan di Kampung Pantai Dalam awal pagi tadi.

Antara kesalahan yang dikesan, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi Imigresen Kuala Lumpur bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu menahan 93 warga asing terdiri daripada 47 lelaki, 33 wanita, 10 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 60 tahun.

Serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

Katanya, kebanyakan PATI yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan, tukang cuci dan mengambil upah membuat kuih.

“Siasatan awal mendapati PATI menyewa rumah terbabit pada harga RM200 hingga RM300 sebulan untuk satu bilik di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa pernah menyerbu kawasan setinggan itu termasuk pada tahun 2015.

“Kini mereka membina ‘terowong khas’ di bawah rumah serta laluan tikus sebagai persediaan melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, semua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL