Posts

Showing posts with the label Rasuah

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Image
[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia sedang menyiasat dakwaan pengundi di Terengganu menerima wang tunai untuk mengundi parti politik tertentu ketika PRU15 pada 19 Nov lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata agensi itu sedang mengesan kira-kira 90 pengundi yang didakwa menerima wang itu. “Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada (PRU15),” katanya dalam kenyataan ringkas. Walaupun beliau tidak menamakan parti itu, siasatan berkenaan dipercayai berkaitan PAS selepas Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen di negeri itu atas alasan pembelian undi. Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mempertahankan agihan wang beberapa hari sebelum PRU15 atas alasan ia dilakukan orang awam, bukannya calon send

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009 Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menggunakan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ untuk melunakkan rasuah. Katanya, fahaman yang melunakkan rasuah dengan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ boleh menjejaskan negara dan masyarakat. “Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’ okay. Ini fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat,” katanya ketika berucap di rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Anwar menjelaskan sedekah yang dialu-alukan adalah pemberian yang diredai Tuhan untuk kepentingan dan faedah masyarakat. kkkkkkkkk “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” Sebelum ini, Presiden PAS, Hadi Awang, dikritik pelbagai pihak kerana mempertahankan pemberian wang selepas partinya didakwa menyogok pengundi beberapa hari sebelum PRU15. Parti

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Image
[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999 Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15. Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri. “Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya. “Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.” Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur. https://youtube.com/shorts/rh20xagEgeU?feature=share Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail. Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan T

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Image
[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972 KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM45,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, antara September 2016 dan Januari 2017. Zulfikar Khomeini Asli, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dia didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit yang dimasukkan ke dalam akaunnya di Maybank, Jalan Haji A. H. Tengah, Sipitang pada 20 September 2016. Bagi pertuduhan enam hingga 16 pula, dia didakwa telah diberikan suapan berjumlah RM25,000 daripada pengurus kilang yang sama dan dimasukkan dalam bank yang sama, antara 2 hingga 7 Januari 2017. Zulfikar didakwa gagal melaporkan pemberi

[VIDEO] RM10 billion wang kerajaan mungkin 'disalur' kepada pemimpin, parti politik

Image
[VIDEO] RM10 billion wang kerajaan mungkin 'disalur' kepada pemimpin, parti politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161910 Negara dipercayai mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran terus berlaku dalam sistem perolehan kerajaan jika amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk pengubahsuaian pendekatan cara lama termasuk tanpa campur tangan politik atau kepentingan golongan peniaga besar dalam sebarang kontrak kerajaan. “Walaupun baru mengetuai Kementerian Kewangan tidak sampai dua bulan, namun saya sudah mengenal pasti berlaku kebocoran tinggi sekitar RM3 bilion ke RM4 bilion yang boleh diselamatkan termasuk yang ‘dialihkan’ kepada parti politik tertentu. “Kita boleh selamatkan mungkin RM10 billion dari kebocoran yang terus berlaku dalam sistem perolehan,” katanya ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL

Image
[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL BACA seterusnya di https://pakdin.my/161594 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Sumber SPRM berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL, ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan. “Kedua-dua individu ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman. “Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’, bagi membantu pengambilalihan tersebut,” menurut sumber. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahka

[VIDEO] CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion

Image
[VIDEO] CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion BACA seterusnya di https://pakdin.my/161582/ Suspek berkenaan bertindak sebagai orang tengah menghubungkan kontraktor dan pegawai atasan agensi berkenaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5 peratus. Wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik Kontrak-kontrak berkenaan dianggarkan bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan pada Khamis kerana disyaki mengutip komisen daripada kontraktor yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan. Menurut sumber, suspek yang berusia 42 tahun berkenaan bertindak sebagai orang tengah menghubungkan kontraktor dan pegawai atasan agensi berkenaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang tahun 2020 hingga 2022. Menurutnya, suspek ditahan ketika hadir member
Image
[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160397/ KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini, semalam. Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam dan 12 tengah malam, semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. “Ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi suspek disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing,” kata sumber. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas SPRM membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. Semalam, SPRM menahan lapan i

Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur

Image
Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159528 Ahli Parlimen Muar itu tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak dalam perkara itu sejak awal lagi. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM, Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, sekiranya wang itu tidak diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib, beliau takut duit berkenaan akan disita oleh SPRM. Saksi itu berkata, beliau tidak akan mengeluarkan wang berkenaan seterusnya mengagihkan kepada kedua-dua individu itu sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq. Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Ahli Parlimen Muar itu tidak

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Image
Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159425    Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli unit ASB atas namanya sendiri. Kes itu kini di mahkamah tetapi apa yang didedahkan semalam menunjukkan dia juga menggunakan nama ibu bapanya untuk berbohong kepada orang ramai. Di tengah-tengah tersebarnya gambar dan video dia bersama beberapa gadis (termasuk seorang gadis bergambar dengan Syed Saddiq sedang tidur) di banglo Damansaranya terdapat juga kontroversi wang tunai RM250k yang hilang dari peti besinya. Dia kemudian memberitahu orang ramai bahawa RM250k itu adalah daripada dia dan ibu bapanya dan akan digunakan untuk mengubah suai rumah yang dia beli. Ternyata ini tidak benar. Wang itu adalah untuk "perbelanjaan budi bicaranya" tetapi dia kemudian berbincang dalam kumpulan WhatsApp yang dipanggi

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

Image
Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika  dikatakan menerima wang dari UKSB? Baca seterusnya:  https://pakdin.my/159393/   "Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut. “Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara. Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Benar? "Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23

[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?

Image
[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion? SUMBER:  https://pakdin.my/158107 ... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk eksekutif tertinggi sebuah syarikat atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi. Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah. Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 45 tahun. Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000. Agensi antirasuah itu turut mengambil tindakan membekukan 12 akaun bank mil

Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam

Image
Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155723 - Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam. Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu. “Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT. Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin. Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap te

Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu

Image
Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu Baca seterusnya: pakdin.my/155229 Pindahan berbilion dolar telah diluluskan oleh bekas gabenor Zeti Akhtar Aziz untuk dibawa keluar Malaysia dengan segera. Saksi utama perbicaraan rasuah 1MDB di AS terhadap ahli bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng dilaporkan memberi keterangan bahawa suami kepada bekas Gabenor Bank Pusat Malaysia (BNM) telah disogok untuk mendapatkan kelulusan pemindahan wang yang belum pernah berlaku sebelum ini. Saksi itu, Tim Leissner, yang merupakan bekas pengerusi operasi Asia Tenggara Goldman berkata Roger telah memberitahunya bahawa gabenor BNM ketika itu Zeti Akhtar Aziz telah meluluskan transaksi bernilai bilion dolar untuk dibawa keluar dari Malaysia. Leissner, 52 memberitahu demikian ketika disoal oleh Pendakwaraya Drew Rolle. Rolle: “Adakah anda pernah membincangkan isu di PetroSaudi dan 1MDB

Kes Keluarga Zeti: PDRM dan SPRM, tunggu apa lagi!

Image
Kes Keluarga Zeti: PDRM dan SPRM, tunggu apa lagi!  Baca seterusnya di pakdin.my/155213 Petikan transkrip rasmi mahkamah daripada perbicaraan Goldman Sach (GS) malam tadi di mana Time Leissner memberi keterangan. 1. Rupa-rupanya rasuah yang ditawarkan oleh GS kepada Najib adalah untuk mendapatkan pekerjaan untuk anak-anaknya di GS selepas Najib berkata GS akan menjadi tempat yang baik untuk anak-anaknya bekerja. Bagaimanapun perkara ini tidak pernah berlaku dan tiada seorang pun anak beliau pernah bekerja di GS. Juga tiada bukti sahih atau petunjuk daripada Tim Leissner bahawa Najib terlibat dalam merancang penipuan dengan GS atau Jho Low. 2. Tim Leissner berkata bahawa BNM memberikan kelulusan terpantas untuk AS$1 bilion daripada bon 1MDB RM5 bilion pertama yang dipindahkan kepada PetroSaudi dan Goodstar Jho Low kerana suami Zeti telah disogok. Dan memang benar bahawa suami Zeti dan syarikat anak-anak yang berpangkalan di Singapura menerima wang daripada Jho Low seminggu sebelum bon i

Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM

Image
Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM [Sumber: https://pakdin.my/?p=154482 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco negeri berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000. Sumber berkata, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam. Menurutnya, individu terbabit termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat sedangkan program pada 2020 itu tidak dilaksanakan. “Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok (hari ini) untuk permohonan reman,” katanya. Sementara itu, Peng