[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?


[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?

SUMBER: https://pakdin.my/158107 ...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk eksekutif tertinggi sebuah syarikat atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi.

Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah.

Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 45 tahun.

Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000.

Agensi antirasuah itu turut mengambil tindakan membekukan 12 akaun bank milik syarikat dan individu berkenaan.

"SPRM telah memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya dan Kuching hari ini. Di Putrajaya, mahkamah membenarkan reman empat hari terhadap dua daripada suspek dan lima hari kepada empat lagi suspek.

“Semasa di Kuching, dua suspek telah diberi perintah reman masing-masing lima hari dan dua hari,” kata jurucakap itu.

Sumber berkata, suspek didakwa terlibat dalam rasuah membabitkan beberapa projek GLC yang dijalankan antara 2017 dan 2021.

SPRM tidak mendedahkan projek berkenaan dan GLC terbabit.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata ia disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009




Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL