[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160397/

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam dan 12 tengah malam, semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi suspek disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing,” kata sumber.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas SPRM membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Semalam, SPRM menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman tiga hari manakala dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan mendapatkan kuota pekerja asing.

https://www.instagram.com/tv/Cg10iUIJkpU/?utm_source=ig_web_copy_link

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL