Posts

Showing posts with the label SPRM

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Image
Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158500   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya. Dalam kenyataan, SPRM berkata pihaknya selesai melakukan siasatan kes melibatkan Nazlan yang bermula sejak Mac lalu. “Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya. Pada 23 Apr lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan. Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial. Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil menyatakan, ia adalah “palsu,

[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?

Image
[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion? SUMBER:  https://pakdin.my/158107 ... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk eksekutif tertinggi sebuah syarikat atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi. Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah. Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 45 tahun. Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000. Agensi antirasuah itu turut mengambil tindakan membekukan 12 akaun bank mil

Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam

Image
Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155723 - Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam. Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu. “Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT. Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin. Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap te

Ada usaha untuk menyembunyikan bukti daripada perbicaraan Najib dan penglibatan Zeti?

Image
Ada usaha untuk menyembunyikan bukti daripada perbicaraan Najib dan penglibatan Zeti? Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155691 - Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata bahawa SPRM hanya ditugaskan untuk pemulangan wang dari Singapura dan menyerahkan siasatan kepada PDRM. Persoalannya SIAPA yang mengarahkan SPRM tidak menyiasat dan MENGAPA? Siasatan oleh SPRM dan PDRM akan mengambil sudut yang sangat berbeza kerana PDRM tidak akan menyiasat rasuah atau salah guna kuasa di bawah akta SPRM. Dan juga mengapa PDRM mengambil masa yang lama untuk menyiasat? " Dakwaan berkaitan 1MDB: SPRM tak siasat suami Zeti, kata Azam " https://www.malaysiakini.com/news/612583 BERITA YANG MENGEJUTKAN! Menurut kenyataan SPRM hari ini: - Tommy tahu tentang penglibatan keluarga Zeti pada akhir 2018. -Tommy adalah orang yang meminta SPRM menghantar pulang dana keluarga Zeti dari Singapura - Tommy adalah orang yang memutuskan SPRM tidak perlu menyiasat tetapi polis harus menyiasat - ini juga bermakna po

SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro

Image
SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro - pakdin.my/155308 - Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber SPRM memaklumkan perintah pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001). "Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK). "Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London," kata sumber SPRM. Terdahulu, media melaporkan SPRM mengambil keter

Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM

Image
Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM [Sumber: https://pakdin.my/?p=154482 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco negeri berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000. Sumber berkata, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam. Menurutnya, individu terbabit termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat sedangkan program pada 2020 itu tidak dilaksanakan. “Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok (hari ini) untuk permohonan reman,” katanya. Sementara itu, Peng