SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro


SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro

- pakdin.my/155308 -

Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM memaklumkan perintah pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

"Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).

"Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London," kata sumber SPRM.

Terdahulu, media melaporkan SPRM mengambil keterangan Rohana di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, kelmarin dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) AMLA 2001.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL