Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan
SEMPORNA -- Jenazah lima sekeluarga daripada enam yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM37 Jalan Semporna-Tawau di sini semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Balai Polis di sini, malam ini. Pengebumian jenazah Asbira Ladjahani, 82, Jaimah Jailani, 30, Mohamad Nabil Kanol, 14, Nur Inara Aida Nur Hakim, 4, dan Nur Aiman Nur Hakim, 6 bulan, selesai pada kira-kira 10.30 malam. Jenazah seorang lagi mangsa lelaki dikenali sebagai Oyong,18, yang juga rakan kepada keluarga itu dikebumikan dalam satu lagi liang lahad di tanah perkuburan sama. Suasana pilu berserta hujan renyai mengiringi lebih 100 ahli keluarga serta kenalan yang hadir untuk penghormatan terakhir dan membantu mengurus pengebumian tersebut. Terdahulu, keenam-enam jenazah dimandikan dan dikafankan selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tawau. Sementara itu, Kanol Asan, 43, bapa kepada Allahyarham Mohamad Nabil, berkata kemalangan tersebut berlaku k...