Posts

Showing posts with the label Perperangan

Harapan Tahun Baharu, Tekad Kemanusiaan Lebih Padu

Image
Setiap tahun kota-kota besar dunia akan menyambut kedatangan Tahun Baharu dengan meriah. Tahun baharu mengganti dan kita meninggalkan kalender lama. Namun hidup yang “sama” terus berlanjutan. Berat ringan dari tahun lalu pasti harus terus dipikul dan dipertimbangkan. Mudah kalau disyorkan: Masuk tahun baharu, kita berganjak dengan segar dan yakin, meninggalkan yang lama. Kenyataan ini tidak boleh dipungkiri kerana hidup adalah kesinambungan panjang antara dahulu, kini dan masa hadapan. Yang wajar adalah kita merenung kembali bukan sahaja kejayaan dan kekurangan yang telah kita tempuhi secara peribadi, termasuk ehwal keluarga dan taulan tersayang. Namun sama pentingnya, kita renungkan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2024. Ternyata tahun 2024 adalah jangka waktu yang getir untuk warga dunia. Perang dan pembunuhan masih belum reda di Palestin dan Ukraine. Timur Tengah terus bergelora dan seperti tiada jalan keluar. Semakin hari suara-suara permusuhan lantang bergendang sehingga men...