Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun
SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata, tidak terkecuali pelakon cantik Hannah Delisha. Namun, hasrat untuk memiliki zuriat bersama suami tercinta, Imam Shah belum kesampaian apabila dia mengalami keguguran pada Mac tahun lalu. Tenang menghadapi ujian, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, akur andai ditakdirkan menimang anak selepas berusia 30 tahun. Malah, dia kini lebih peka dengan keadaan tubuh yang perlu mendapatkan rehat secukupnya di awal kehamilan. “Sekarang saya faham keadaan tubuh saya. Trimester pertama kandungan saya perlu berehat dan nampaknya kena ada perancangan keluarga,” katanya kepada <em>HibGlam</em>. Pelakon kelahiran Singapura itu berpegang dengan nasihat ibunya agar percaya dengan ketentuan Ilahi dan faham tentang perancangan keluarga. “Sebelum gugur, saya tidak percayakan perancangan keluarga. Ibu sering mengingatkan saya apabila melihat saya terlalu sibuk dengan kerja. “Ibu suruh jaga kesihatan keran...