Posts

Showing posts with the label Dokumen tambahan

Dokumen tambahan: Kerajaan akan fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib

Image
Kerajaan akan memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung dakwaannya mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah. Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam lagi responden berkata permohonan itu dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif. “Mahkamah mengarahkan permohonan itu difailkan pada 20 Jan ini dan Najib perlu memfailkan afidavit balasan dalam tempoh seminggu. Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes semakan kehakiman secara dalam talian (e-Review) pada 11 Mac ini,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes yang berlangsung dalam kamar di hadapan Hakim Hayatul Akmar Abdul Aziz. Shamsul juga berkata pihaknya akan membantah permohonan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datu...

Dokumen tambahan libatkan Najib: Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

Image
Menteri-menteri yang mewakili UMNO bersedia memberikan kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan untuk memberikan keterangan berhubung kewujudan dokumen yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang berlangsung di Menara Dato Onn.  Beliau berkata UMNO bersyukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan dokumen itu.  “UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan dokumen tambahan itu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini malam ini.  Pada masa sama, beliau berkata UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Najib selaras...