Posts

Showing posts with the label MOF

eFishery 财务欺诈案

Image
2024年底,由吹哨人爆料引发的一项内部法务审计,揭露了 eFishery 管理层系统性的欺诈行为。调查发现,该公司涉嫌操纵收入,虚报业绩近 6 亿美元,并隐瞒了高达数百万美元的实际亏损。 关键事件时间线 2025年1月: FTI 咨询公司(FTI Consulting)的调查草案显示,eFishery 75% 的增长数据纯属捏造。该公司曾报告 2024 年前九个月的收入为 7.52 亿美元,利润为 1600 万美元;然而,实际收入仅为 1.57 亿美元,净亏损高达 3540 万美元。 2025年4月: 彭博社(Bloomberg)的调查报告曝光了前首席执行官(CEO)Gibran Huzaifah 的供词。他承认曾以人工方式篡改数据,以掩盖公司经营失败的事实。 2025年8月 : 印尼警方正式逮捕了 Gibran Huzaifah 以及另外两名高管——Angga Hadrian Raditya 和 Andri Yadi。 2026年4月: 万隆地方法院(Pengadilan Negeri Bandung)裁定 Gibran Huzaifah 犯有刑事失信罪与洗钱罪,判处其九年有期徒刑。 2026年7月: 此丑闻在马来西亚引发了政治危机。马来西亚首相拿督斯里安华(Datuk Seri Anwar Ibrahim)证实,马来西亚退休基金局(KWAP)因投资该公司而惨遭 1.634 亿令吉的巨额亏损。目前,马来西亚公共账目委员会(PAC)正计划就该笔投资中尽职调查(due diligence)程序的失职问题展开正式调查。

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Image
  PMX berkata hutang terbesar negara ialah 1MDB, tetapi beliau tidak mendedahkan berapa banyak aset yang telah dikumpul oleh 1MDB, aset yang berjumlah hampir ratusan bilion dijana oleh 1MDB. Orang awam tidak boleh keliru dengan nombor dan fakta. Ingat: angka dan fakta mesti tepat dan tidak diputarbelit. Kementerian Kewangan (MOF) memberi maklumat yang tidak konsisten mengenai fakta dan angka tepat berkaitan hutang dan aset 1MDB. Dua jawaban yang bercanggah dalam isu ini. Pada Ogos 2025, MOF menjawab sehingga 31 Julai 2025: · RM29.7 bilion telah dikembalikan kepada 1MDB melalui pelbagai penyelesaian. · Hutang baki 1MDB hanya RM9.02 bilion perlu dibayar pada 2039 — iaitu prinsipal RM5 bilion dan faedah terkumpul RM4.02 bilion sehingga 2039. Tetapi pada November 2025, MOF memberikan respons baru mengatakan sehingga 30 September 2025: · RM31.2 bilion telah dikembalikan. · Tiba-tiba, hutang baki 1MDB melonjak ke RM24.46 bilion, kononnya RM9.02 bilion untuk prinsipal dan faedah Sukuk 203...

MOF sahkan insiden kematian di Bangunan Perbendaharaan

Image
PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan terdapat insiden kematian di kompleks kementerian berkenaan hari ini. Menurut kenyataan awal MOF, keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa. “MOF turut berdukacita atas kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga. “MOF memberikan kerjasama penuh dan menyerahkan hal ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” katanya hari ini. Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai seorang pegawai lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dalam Pejabat Perbendaharaan, MOF. Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ditugaskan ke tempat kejadian. Pegawai itu ditemukan dalam keadaan leher dan kaki terjerut dengan pengikat kabel di lantai pejabat tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati si mati dalam keadaan terbaring atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki...

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih - MOF

Image
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lepas. Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata kadar bantuan SARA itu ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024. “Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu. Selain itu, MOF berkata sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025. Bilangan itu merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih....