[TONTON] Bekas pegawai FBI berkata adalah 'terlalu awal' untuk mengatakan serangan di Bourbon Street sebagai insiden keganasan


Serangan terkinni di Bourbon Street di New Orleans telah mencetuskan perdebatan sama ada ia harus diklasifikasikan sebagai insiden keganasan. 


FBI sedang menyiasat kes ini, dan walaupun Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell telah menggelarkannya sebagai "serangan pengganas," FBI menyatakan bahawa adalah terlalu awal untuk membuat rumusan sedemikian.


Insiden itu melibatkan seorang pemandu yang melanggar sekumpulan orang awam dalam perayaan Tahun Baru di Bourbon Street di New Orleans awal pagi Rabu menggunakan trak, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan. 


Selepas merempuh orang awam, pemandu trak tersebut itu melompat keluar dari traknya dan berbalas  tembakan dengan anggota polis sehingga dia ditembak mati.


Dua pegawai polis cedera semasa berbalas tembakan dan berada dalam keadaan stabil, kata pihak berkuasa.


FBI sedang menyiasat motif suspek dan sebarang kemungkinan hubungan dengan organisasi pengganas.


Ini adalah peristiwa yang tragis, dan siasatan sedang dijalankan untuk merungkai  lebih banyak butiran dan memahami konteks penuh serangan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Poostinng 2021 Mac - Disember