Posts

Showing posts with the label Guru besar

Bekas guru besar didakwa 15 pertuduhan subahat menipu

Image
KUALA TERENGGANU: Bekas guru besar sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini, atas 15 pertuduhan bersubahat menipu dan mengemukakan dokumen palsu. Tertuduh Zalina Bidin, 47, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd Azhar Othman. Berdasarkan 12 pertuduhan, tertuduh bersubahat bersama pembantu tadbir kanan dan ejen sebuah syarikat menipu dengan mengemukakan dokumen palsu hingga menyebabkan sebuah sekolah di Marang menyerahkan 12 keping cek dengan nilaian keseluruhan mencecah setengah juta ringgit. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Oktober 2022 hingga 20 Februari 2023. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 420 akta yang sama. Sementara itu, tertuduh turut berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 28(1) (C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (694) dan dibaca bersama Seksyen 18 akta sama. Mengikut...