Posts

Showing posts with the label Adendum

Bersatu yang semakin 'lemah' tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

Image
Bersatu tiada pilihan lain selain membenarkan beberapa pemimpin dan ahlinya menghadiri perhimpunan pro-Najib Razak yang dianjurkan oleh PAS dan dijadualkan pada hari Isnin depan. Bersatu dan presidennya Muhyiddin Yassin telah kehilangan sokongan, terutamanya kepada sekutunya yang lebih dominan dalam Perikatan Nasional, PAS. Bersatu perlu melakukan segala-galanya untuk kekal relevan kepada rakyat. Berikut adalah beberapa fakta menarik: 1. Dilema Bersatu: Bersatu, sebuah parti politik di Malaysia, sedang menghadapi situasi yang sukar. Mereka merasa terpaksa untuk menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS untuk menyokong bekas perdana menteri yang dipenjara, Najib Razak. 2. Strategi Politik: Penyertaan pemimpin Bersatu dalam perhimpunan itu dilihat sebagai langkah untuk melemahkan kerajaan perpaduan. Ini kerana Bersatu telah kehilangan sokongan kepada sekutunya yang lebih dominan, PAS. 3. Cabaran Kepimpinan: Muhyiddin Yassin, presiden Bersatu, berada dalam kedudukan yang sukar. Walau...

Pelbagai pihak persoal hantaran berbentuk kiasan Fadhli Shaari

Image
Hantaran berbentuk kiasan yang dikongsi Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari di media sosial sejak malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemimpin politik dan wakil rakyat, yang mempersoalkan maksud serta tujuan hantaran berkenaan. Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata Fadhli perlu tampil menjelaskan maksud hantaran berkenaan dan menganggap kiasan seperti itu bukan tindakan seorang lelaki sejati. “Kalau tak sanggup nak beritahu, kita jumpa 6/1 (6 Jan) ini untuk kita tanya YB (Yang Berhormat) secara berdepan ya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu menerusi hantaran ringkas di Facebook hari ini. Malam tadi, Fadhli berkongsi satu hantaran yang dikaitkan oleh pelbagai pihak dengan keputusan UMNO membatalkan himpunan solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman Putrajaya, pada Isnin ini. “Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak,...

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

Image
 Badan Perhubungan UMNO beberapa negeri akur dengan arahan dikeluarkan ibu pejabat parti itu supaya tidak meneruskan himpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Melaka, Perak, Kedah, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu hari ini. Menerusi kenyataan media berasingan, Badan Perhubungan UMNO terbabit menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif pengampunan banduan menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. “Saya ingin menegaskan keputusan ini tidak sedikit pun mengurangkan rasa kasih kami kepada Najib,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pula berkata, UMNO parti sebuah yang konsisten dalam memperjuangkan serta mempertahankan Raja-Raja Melayu. Bagi Pengerusi Badan Perhubunga...

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

Image
UMNO menjunjung hormat Titah Kenyataan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Demikian ujar Setiausaha Agung UMNO,, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu kenyataan media berkaitan hal terbabit, hari ini. Jelasnya, sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Parti, UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. “UMNO dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan Titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan ray...