Posts

Showing posts with the label Lembaga Pengampunan

[VIDEO] Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Titah Addendum timbulkan implikasi perlembagaan – Hasnal Rezua

Image
Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung titah addendum membawa implikasi perlembagaan yang besar, khususnya terhadap kedudukan dan kuasa institusi Raja-Raja Melayu , kata peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican . Beliau berkata demikian kepada media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mahkamah menolak kesemua hujahan yang dikemukakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib, termasuk permohonan perintah mandamus bagi memaksa badan-badan kerajaan melaksanakan titah addendum berkenaan. “Secara ringkasnya, semua poin yang dibawa pihak pemohon telah diputuskan tidak memihak kepada Datuk Seri Najib, atas semua isu,” katanya. Menurut Hasnal Rezua, antara implikasi paling signifikan keputusan itu ialah dapatan mahkamah bahawa titah addendum yang dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Pahang , adalah tidak...

[VIDEO] Keputusan yang dibuat pada hari ini timbulkan perhatian dan perdebatan sebagai mencerminkan pengurangan terhadap kekuasaan Raja-raja Melayu

Image
Kuasa pengampunan atau "pardons power" yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu kekal sebagai salah satu kuasa tradisional dan prerogatif yang tidak tergugat di bawah kerangka Perlembagaan Malaysia . Kenyataan ini sekali lagi ditegaskan oleh peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah , yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , merujuk secara khusus kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan . Prerogatif Konstitusional yang Tidak Tersentuh Perkara 42 dengan jelas memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan, menangguh atau meringankan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera, serta bagi kesalahan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya . Bagi kesalahan di negeri-negeri lain, kuasa ini terletak pada Raja atau Yang Dipertua Negeri atas nasihat Lembaga Pengampunan, negeri masing-masing. Shafee Abdullah menegaskan bahawa kuasa ini ...

Keputusan pengampunan oleh YDPA Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan tertakluk kepada peruntukan undang-undang

Image
Dato' Seri Najib atau keluarga beliau boleh membuat permohonan baru untuk tujuan pengampunan kebawah Duli Yang DiPertuan Agong sekarang  atas alasan Titah Adendum sebelum ini kabur dari segi perundangan berdasarkan kenyataan terbaru dari pejabat Peguam Negara yang menyebut keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai. Ini membawa maksud 'tahanan rumah' tiada didalam pertuntukan perlembagaan atau tidak sah dari segi undang-undang dan pertikaian mengenai Titah Adendum hendaklah dirujuk kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan. Menurut kenyataan pejabat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28 Disember 2024: "Berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk member ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalaha...