Posts

Showing posts with the label FBI

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses membawa pulang aset-aset bernilai tinggi yang berkaitan dengan usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tindakan selanjutnya. Menurut sumber, SPRM ketika ini sedang menilai keperluan logistik serta kos yang terlibat bagi  membawa pulang aset-aset berkenaan. Dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo dipegang Christie's dan Sotheby's Auction House Amerika Syarikat (AS), antaranya Pablo Picasso L'Ecuyere et les clowns (1961); Joan Miró Composition (1953); William H. Bailey Still Life (b. 1930); Alexander Calder Studies for Sculpture (1898-1976) dan Henri Matisse Femme Assise (1869-1954), yang kesemuanya bernilai melebihi USD30 juta. “Aset yang berada di bawah jagaan Sotheby’s kini dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui penghantaran, manakala aset yang berada di bawah jagaan Christie’s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat, khususnya melalui kerja...

[TONTON] Bekas pegawai FBI berkata adalah 'terlalu awal' untuk mengatakan serangan di Bourbon Street sebagai insiden keganasan

Image
Serangan terkinni di Bourbon Street di New Orleans telah mencetuskan perdebatan sama ada ia harus diklasifikasikan sebagai insiden keganasan.  FBI sedang menyiasat kes ini, dan walaupun Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell telah menggelarkannya sebagai "serangan pengganas," FBI menyatakan bahawa adalah terlalu awal untuk membuat rumusan sedemikian. Insiden itu melibatkan seorang pemandu yang melanggar sekumpulan orang awam dalam perayaan Tahun Baru di Bourbon Street di New Orleans awal pagi Rabu menggunakan trak, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan.  Selepas merempuh orang awam, pemandu trak tersebut itu melompat keluar dari traknya dan berbalas  tembakan dengan anggota polis sehingga dia ditembak mati. Dua pegawai polis cedera semasa berbalas tembakan dan berada dalam keadaan stabil, kata pihak berkuasa. FBI sedang menyiasat motif suspek dan sebarang kemungkinan hubungan dengan organisasi pengganas. Ini ad...